Harian Metro

Rona sesuai serlah bibir, mata

-

cukuplah dengan bedak kompak sahaja. Kemudian pilih pembayang mata yang sesuai dengan acara yang akan dihadiri. Misalnya jika ke pejabat pilih rona semula jadi seperti biru dan coklat, adunkan supaya mata anda tampak segar,” nasihatnya.

Apa yang penting pastikan wajah berseri ditutupi solekan. Elakkan pembayang mata warna terang kerana ia membuatkan wajah lebih garang dan tidak sesuai penggayaan formal ke pejabat.

Jelas Zulfazli lagi, selepas sapuan pembayang mata, jangan dilupa layangan celak dan maskara kerana ia membuatkan solekan kelihatan lengkap.

Pilih maskara yang tidak menyebabka­n bulu mata bergumpal dan celak yang mudah disapu pada bahagian kelopak mata atas.

“Celak membuatkan mata lebih galak dan solekan lebih terserlah. Jika tidak percaya buatkan satu garisan pada bahagian atas garis kelopak mata. Pasti wajah sedikit berbeza dan kelihatan lebih manis.

“Di pasaran terdapat dua jenis celak iaitu pensil dan cecair. Jenis cecair sapuan lebih jelas namun perlu berhati-hati melakukann­ya. Celak batang pula lebih senang dioles. Namun terpulang kepada keselesaan masingmasi­ng,” katanya.

Bahagian terakhir yang tidak kurang pentingnya adalah sapuan gincu sebagai mengakhiri solekan. Sama seperti pembayang mata, pemilihan warna gincu juga akan menentukan keseluruha­n penampilan wanita.

Sebaiknya pilih jenis merah jambu untuk acara rasmi. Lapiskan sapuan pengilat bibir bagi menyerlahk­an lagi bibir mungil anda.

“Wanita boleh memilih jenis gincu matte, krim, salap bibir atau jenis berkilat. Kesesuaian­nya bergantung kepada jenis bibir dan juga sama ada untuk solekan siang atau malam.

“Gincu jenis matte membuatkan bibir anda kelihatan lembap. Sapuannya juga lebih mudah malah tahan lebih lama. Ia tidak mencomotka­n terutama sekiranya anda makan atau minum.

“Gincu jenis ini juga memelihara kelembapan kulit bibir, membuatkan bibir tidak mengelupas. Namun ada juga wanita memiliki bibir sensitif.

Jadi mereka boleh menggunaka­n salap bibir terlebih dulu sebelum sapuan gincu,” kata

Zulfazli.

Menyedari ramai wanita memiliki masalah bibir kering, jenama Carrisa Cosmetics memperkena­lkan koleksi alat solek bagi memenuhi keperluan hawa terutama golongan berkerjaya tampil lebih segar, memikat namun tidak keterlalua­n.

Rangkaian alat solek yang kini memasuki tahun kedua mendapat tempat di hati pelanggan disebabkan menyediaka­n rangkaian gincu, celak dan maskara dengan penggunaan lebih mudah dan praktikal namun menjanjika­n warna menawan.

PANDUAN MEMAKAI GINCU AGAR TIDAK COMOT:

1. Tanggalkan kulit yang mengelupas pada bibir menggunaka­n skrub bibir atau gosok dengan berus gigi secara perlahan-lahan. Gunakan juga air suam untuk melembutka­n bibir.

2. Selepas bibir lembut, gunakan pelembap dan biarkan beberapa saat hingga lembapanny­a menyerap. Pemakaian salap bibir sangat penting untuk mengunci kelembapan dan mengelak bibir pecah.

3. Buat garis bibir menggunaka­n pensil bibir warna ‘nude’, kemudian sapukan gincu rona kegemaran anda.

4. Tekan perlahan bibir yang sudah diberi warna menggunaka­n tisu, sapukan kembali gincu dengan warna yang sama.

5. Terakhir, sapukan bedak tabur pada permukaan bibir sebagai lapisan terakhir.

Wajah tampil berseri dengan solekan warna semula jadi bagi wanita berkerjaya

 ??  ?? CELAK cair disapu pada bahagian atas garis kelopak mata. ANGGUN solekan gaya formal ke pejabat.
CELAK cair disapu pada bahagian atas garis kelopak mata. ANGGUN solekan gaya formal ke pejabat.
 ??  ??
 ??  ?? SAPUKAN dengan pengilat
bibir jenis matte.
SAPUKAN dengan pengilat bibir jenis matte.
 ??  ?? SAPUAN bedak asas menutupi cela sekali gus menjadikan rona kulit sekata.
SAPUAN bedak asas menutupi cela sekali gus menjadikan rona kulit sekata.
 ??  ?? LAYANGKAN maskara beberapa kali pada bulu mata untuk melebat dan melentikka­n bulu
mata anda.
LAYANGKAN maskara beberapa kali pada bulu mata untuk melebat dan melentikka­n bulu mata anda.
 ??  ?? UNTUK membentuk kening lukis menggunaka­n celak alis.
UNTUK membentuk kening lukis menggunaka­n celak alis.
 ??  ?? PILIH rona gincu merah jambu.
PILIH rona gincu merah jambu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia