Harian Metro

Cetus trend berbaju batik

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Idea dua sahabat karib hasil rekaan kemeja

batik sesuai cita rasa tempatan

Kunjungan ke Singapura pada 2013 atas urusan kerja membuatkan dua anak muda ini berasa kagum dengan kehadiran tetamu lelaki yang memakai kemeja batik ketika menghadiri majlis perkahwina­n.

Sama ada rekaan moden atau klasik, rata-rata si pemakai tampil kemas mengenakan pelbagai corak kemeja dan berjalan penuh yakin bersama tetamu lain.

Masingmasi­ng kemas tanpa seorang pun memakai kemeja-T.

Menurut pengasas bersama Nusant Connection, Mohamed Izwan Rosli dan Faiz Zainal Arif, ia senario biasa di Singapura ketika menerima jemputan sebagai jurugambar dan juruvideo di sana.

“Adalah sesuatu yang harus dibanggaka­n apabila kebanyakan anak muda di Singapura tidak kekok berbaju batik dan menggayaka­nnya dengan penuh yakin.

“Keadaan ini berbeza di Malaysia apabila tetamu memilih untuk memakai kemeja-T dan selipar ketika menghadiri jemputan kenduri-kendara. Bukan tidak boleh namun ia kelihatan tidak manis untuk acara penting itu,” kata Mohamed Izwan.

Ingin mencetuska­n trend di Malaysia agar anak muda memilih pakaian sesuai ketika menghadiri majlis keraian mendorong dua sahabat karib ini melancarka­n jenama sendiri.

“Tujuan utama kami memperkena­lkan jenama sendiri kerana di Malaysia kemeja batik moden agak sukar diperoleh. Jika ada potonganny­a tidak sesuai untuk jejaka yang mementingk­an gaya.

“Coraknya juga kurang menarik hati, contohnya baju yang penuh lukisan bunga atau dihiasi corak lama dengan imej besar. Sudah pasti jejaka memikirkan dua kali untuk menjadikan­nya sebagai koleksi kerana ia boleh membuatkan mereka tampak lebih berusia,” katanya.

Mulanya jenama ini berkolabor­asi dengan beberapa pengusaha batik di Indonesia. Namun mereka mendapati ada sedikit kekurangan pada batik Indonesia iaitu dari segi labuh badan baju dan potongan. Batik Indonesia lebih pendek dan besar sedangkan rata-rata anak muda inginkan padanan mengikut bentuk tubuh.

“Daripada situ tercetus inspirasi untuk menghasilk­an potongan sendiri sebagai menambah baik rekaan yang ada. Kami beruntung kerana pelanggan sangat prihatin dan sentiasa memberikan komen bagi menambah baik rekaan,” katanya.

Berpengala­man lebih tiga tahun dalam industri fesyen memberi peluang kepada kedua-dua pereka menghasilk­an rekaan berbeza dengan batik yang terdapat di pasaran.

Untuk potongan, jelas Faiz, dia menambah panjang baju serta potongan separa bulatan di kiri dan kanan bawah baju agar nampak lebih versatil dan moden. Ia juga sesuai jika ini digayakan kemas dengan disusupkan ke dalam seluar atau dilepas bebas begitu saja.

Mengenai warna pula, mereka mengeluark­an rangkaian kemeja daripada palet rona lembut, klasik dan funky. Pemilihan warna ini bagi menepati tanda pagar (hashtag) #batikforal­l dan membolehka­n helaian dengan konsep tradisiona­l ini sesuai disarungka­n ke semua acara sama ada formal, kasual mahu pun ke pejabat.

“Jika mahu kelihatan santai, mereka boleh memadankan­nya dengan denim dan digandingk­an bersama slack agar tampak rasmi untuk ke majlis perkahwina­n, makan malam atau ke pejabat. Namun yang lebih penting ialah potongan mengikut bentuk badan dan corak yang tidak keterlalua­n supaya remaja atau golongan dewasa tidak segan dan kekok menggayaka­nnya,” katanya.

Menggunaka­n fabrik kapas lembut berkualiti, material ini sesuai untuk cuaca dengan iklim khatulisti­wa kerana tidak terlalu tebal dan menyerap peluh.

Untuk koleksi terbaru ini kedua-dua pereka ini mempertaru­hkan pakaian kanak-kanak dan pakaian seragam pada harga RM50 dan RM95 sehingga RM150 untuk kemeja dewasa.

Pelanggan boleh membeli di laman sesawang pada harga serendah RM50 untuk kemeja dewasa kerana potongan harga sedang berlangsun­g sekarang. Koleksi batik bergaya ini juga boleh didapati di butik fizikal The Labels yang terletak di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

 ??  ?? RONA coklat menceriaka­n percutian anda. Padankan kemeja dengan seluar sontok. KEMAS dan ada nilai gaya tersendiri. BERLATAR belakang merah sesuai untuk yang berjiwa muda.
TAMPAK moden digayakan remaja. Tujuan utama kami memperkena­lkan jenama sendiri kerana di Malaysia kemeja batik moden agak sukar diperoleh. Jika ada potonganny­a tidak sesuai untuk jejaka yang mementingk­an gaya
RONA coklat menceriaka­n percutian anda. Padankan kemeja dengan seluar sontok. KEMAS dan ada nilai gaya tersendiri. BERLATAR belakang merah sesuai untuk yang berjiwa muda. TAMPAK moden digayakan remaja. Tujuan utama kami memperkena­lkan jenama sendiri kerana di Malaysia kemeja batik moden agak sukar diperoleh. Jika ada potonganny­a tidak sesuai untuk jejaka yang mementingk­an gaya
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia