Harian Metro

Zaniolo jelmaan Totti UNITED MASIH ‘BERTATIH’

- AFP

Rome: Bintang remaja, Nicolo Zaniolo meledak dua gol bagi membolehka­n Roma menang 2-1 ke atas Porto pada saingan pertama kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara di Stadio Olimpico, awal pagi semalam.

Pemain berusia 19 tahun itu menghasilk­an jaringan pertamanya di Liga Juara-Juara pada minit ke-70 sebelum menambah gol kedua enam minit kemudian, sekali gus menghadirk­an kekalahan pertama Porto tahun ini.

Bagaimanap­un, Adrian Lopez merapatkan kedudukan buat kelab Portugal pada minit ke-79, sekali gus bermakna peluang Porto untuk layak ke suku akhir tetap ada menjelang aksi timbal balik di laman sendiri, 7 Mac nanti.

“Ia malam yang hebat. Saya kehilangan kata-kata dan tidak pernah menjangka dapat menghasilk­an dua gol sekali gus,” kata

Zaniolo kepada Sky Sport Italia.

“Tetapi kami akan mengharung­i aksi timbal balik. Kami tidak patut melepaskan gol.”

Perlawanan semalam jelas menjadi milik pemain muda Tuscany itu yang semakin mendapat tempat di hati peminat sejak berpindah daripada Inter Milan, di mana dia tidak bermain di peringkat tertinggi.

Dia kini dianggap sebagai pengganti kepada legenda kelab, Francesco Totti.

Perlawanan mula sengit selepas sejam terutama apabila Zaniolo menjaringk­an gol sejurus menerima umpanan Edin Dzeko.

Dia menghasilk­an gol kedua menerusi serangan balas pantas yang dimulakan Dzeko tetapi rembatan penyerang itu singgah di tiang sebelum bola singgah di kaki Zaniolo.

“Meraikan jaringan di depan penyokong sendiri memang luar biasa,” kata Zaniolo. “Saya tidak dapat meluahkann­ya dengan kata-kata. Saya harap dapat melakukan lebih lagi selepas ini.”

“Aksi Zaniolo bukan sesuatu yang mengejutka­n,” kata kapten Roma, Daniele De Rossi.

“Kekuatan fizikal yang dimilikiny­a adalah luar biasa bagi seseorang seusianya. Dia berjaya menggabung­kan kelebihan itu dengan teknik hebat. Dia sudah boleh dianggap hebat dan dia mampu menjadi lebih lagi selepas ini.”

Roma yang dibimbing Eusebio Di Francesco pernah beraksi di separuh akhir musim lalu tetapi mereka tewas sepanjang dua pertemuan menentang Porto sebelum ini dengan yang terbaru berlaku di pusingan playoff kelayakan 2016. - AFP Manchester, United Kingdom

Ole Gunnar Solskjaer mengaku Manchester United dikejutkan daripada mimpi indah oleh Paris Saint-Germain yang menundukka­n kelab gergasi England itu 2-0 pada aksi pertama kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.

Solskjaer ditewaskan buat kali pertama sepanjang 12 aksi sejak bergelar pengurus sementara United menerusi jaringan babak kedua oleh Presnel Kimpembe dan Kylian Mbappe di Old Trafford.

Masalah yang dihadapi United ditambah dengan kad merah yang dilayangka­n pengadil ke atas bintang Perancis, Paul Pogba

dan akibatnya, dia tidak boleh bermain pada aksi timbal balik di Paris bulan depan.

Perlawanan itu mencetus duka buat Solskjaer yang disanjung tinggi pemain dan penyokong setia United sejak menggantik­an Jose Mourinho yang dipecat, Disember lalu.

Solskjaer mengaku bahawa United yang hanya berjaya mencipta satu peluang, tidak mempamer kualiti sebenar ketika menentang pasukan utama

Eropah seperti juara

 Solskjaer akui Red Devils belum setanding juara Perancis, PSG

Perancis itu.

“Perlawanan ini sepatutnya menyedarka­n kami. Kami belum setanding dengan pasukan teratas. Mereka menguasai perlawanan selepas gol pertama,” kata Solskjaer.

“Anda juga perlu faham bahawa sudah agak lama kami tidak bermain di peringkat tinggi seperti ini

dan kami

harus belajar daripada kesilapan ini. “Ia adalah pengalaman yang sangat berharga buat kami. Kami perlu belajar daripadany­a.”

Kad merah yang diterima Pogba adalah satu tamparan paling besar buat pasukan yang selama ini banyak bergantung kepadanya dan sumbangann­ya disifatkan sebagai antara punca kebangkita­n United sejak dibimbing

Solskjaer.

Tetapi Solskjaer mendakwa, Pogba tidak sepatutnya dikenakan kad merah atas terjahan yang dilakukann­ya

 ??  ?? PEMAIN Roma meraikan gol Zaniolo (tengah) LUKE Shaw (kanan) membantu Martial sebelum pasukan paramedik sampai.
PEMAIN Roma meraikan gol Zaniolo (tengah) LUKE Shaw (kanan) membantu Martial sebelum pasukan paramedik sampai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia