Harian Metro

Fenerbahce bangkit

- Agensi

 Pemain Algeria ledak gol kemenangan Yellow Canaries

Pemain antarabang­sa Algeria, Islam Slimani meledak gol kemenangan bagi membolehka­n Fenerbahce menang 1-0 ke atas Zenit St. Petersburg pada aksi pertama kelompok 32 pasukan terakhir Liga Europa yang berlangsun­g di Stadium Sukru Saracoglu, awal pagi semalam.

Ia adalah jaringan pertama Slimani buat skuad Yellow Canaries tahun ini selepas dipinjam dari kelab Liga Perdana Inggeris, Leicester City.

Selepas tewas di tangan Kayserispo­r, Jumaat lalu, Fenerbahce bangkit melakar kemenangan dengan Slimani memainkan peranan penting di sebalik kejayaan itu. Pemain berusia 30 tahun yang kali terakhir menjaringk­an gol pada 6 Disember ketika pasukannya menentang Giresunspo­r, menamatkan kemarau dengan ledakan pada minit ke-21 perlawanan.

Dia melepaskan rembatan jarak dekat selepas pertahanan Zenit St Petersburg melakukan kesilapan di dalam kotak penalti dan kejayaan itu membolehka­n pasukannya beroleh kelebihan menjelang aksi timbal balik nanti.

Pelawat beroleh peluang untuk menyamakan kedudukan menerusi penalti yang diambil Robert Mak tetapi rembatan pemain itu berjaya diselamatk­an penjaga gol, Harun Tekin.

Slimani bermain sepanjang 90 minit aksi manakala pemain sayap Nigeria, Victor Moses digantikan ketika permainan berbaki lima minit.

Pemain antarabang­sa Ghana, Andre Ayew dimasukkan pada minit ke-72 bagi menggantik­an Eljif Elmas.

Musim ini, Slimani sudah menghasilk­an tiga gol di Liga Europa dan lima yang lain dalam semua pertanding­an.

 ??  ?? SLIMANI (kiri) bantu Fenerbahce raih kemenangan ke atas Zenit St. Petersburg. REAKSI Tekin selepas berjaya menghalang rembatan penalti Mak.
SLIMANI (kiri) bantu Fenerbahce raih kemenangan ke atas Zenit St. Petersburg. REAKSI Tekin selepas berjaya menghalang rembatan penalti Mak.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia