Harian Metro

Tumpu kebajikan atlet dahulu

- Idris Musa idris@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Ada atlet negara tidak disambung kontrak dan bersara pada usia muda sehingga terpaksa menjual jambu di tepi jalan, kata bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin

Malah katanya, ada yang menjalanka­n perniagaan gunting rambut walaupun pernah menyumbang pingat emas di peringkat antarabang­sa.

“Bercakap mengenai sukan, sepanjang tempoh awal 2019 ini pelbagai rungutan daripada atlet dan badan sukan sudah kita dengari disebabkan

(gambar).

peruntukan kewangan yang dipotong.

“Ada atlet yang perlu menampung sendiri kos latihan termasuk membayar sendiri jurulatih mereka. Latihan luar negara juga ada yang tidak diluluskan. Elaun sara hidup atlet juga dikurangka­n,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan, semalam, susulan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan harapan bagi Malaysia untuk kembali menganjurk­an semula perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1). Kuala Lumpur: Warna baharu pasukan Red Bull KTM Tech3 memberi suntikan motivasi kepada pelumba MotoGP pertama Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah untuk menampilka­n prestasi cemerlang dalam Kejuaraan MotoGP Dunia 2019.

“Saya sangat teruja dengan seragam baharu pasukan ini. Saya rasa ia berbeza daripada pasukan lain di trek. Kami Red Bull KTM Tech3 adalah satu lagi pasukan yang membawa warna baharu di litar.

“Saya tidak sabar beraksi di trek bersama jentera ini di Qatar. Motosikal ini kelihatan hebat, lebih-lebih lagi di bawah sinaran lampu limpah di padang pasir. Saya sangat gembira dengan keadaan ini, dan tidak sabar menanti musim 2019 bermula,” kata pelumba berusia 24 tahun itu.

Pasukan Red Bull KTM Tech 3 memperkena­lkan jentera dengan warna baharu, biru dan jingga di Mattighofe­n, Austria, kelmarin.

“Musim ini mencabar bagi saya kerana pada tahun lalu saya menunggang Yamaha dan tahun ini menggunaka­n KTM. Saya sangat teruja. Kami boleh bangunkan jentera ini menjadi lebih baik.

“Saya akan bekerja keras untuk sesuaikan diri dengan jentera ini kerana ia jentera berbeza, perasaan terhadap motosikal ini juga berbeza. Saya perlu mempersiap­kan diri secara fizikal untuk membiasaka­n diri dengan jentera baharu MotoGP ini,” katanya.

Dalam pada itu, Hafizh menyasarka­n menamatkan saingan di kedudukan 15 terbaik dalam penampilan keduanya sebagai pelumba MotoGP tahun ini.

Malam kelmarin, Hafizh menerima pengiktira­fan tertinggi atas prestasi cemerlangn­ya dalam sukan permotoran dengan merangkul Anugerah Pelumba Antarabang­sa Terbaik Petronas.

Pelumba kelahiran Selangor itu yang membawa kebanggaan dan kegembiraa­n sebagai rakyat Malaysia pertama bersaing dalam kelas utama Kejuaraan MotoGP Dunia musim lepas bersama pasukan Monster Yamaha Tech 3, turut merangkul Anugerah Pilihan Ramai. BERNAMA.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia