Harian Metro

‘Fokus hidup tanpa F1’

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

 Razlan akui masih belum tiba masa deruman enjin F1 kembali di Litar Sepang

Perlumbaan berprestij Formula Satu (F1) masih belum sesuai lagi untuk kembali dianjurkan di Malaysia selepas hanya baru memasuki tahun kedua ia tidak dilangsung­kan di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC).

Menyambut baik impian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berharap F1 dapat kembali dianjurkan di Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali bagaimanap­un berkata, Malaysia perlu menunggu tempoh beberapa tahun lagi sebelum mengambil keputusan untuk menganjurk­an perlumbaan berkenaan.

“Kebelakang­an ini ada komen kebimbanga­n daripada pihak yang tidak berpuas hati dengan cara F1 dikendalik­an.

“Jadi kita kena tunggu apakah langkah-langkah pengurusan F1 akan buat untuk selesaikan perkara ini.

“Sekarang baru tahun kedua kita tidak menganjurk­an F1. Malah ketika ini kita memberi fokus kepada ‘kehidupan’ tanpa F1,” katanya.

Bagaimanap­un jelas Razlan, sekiranya kerajaan kekal dengan pendirian untuk membawa semula F1 ke Malaysia, pihaknya akan akur.

“Pada akhirnya jika kerajaan nak bawa balik F1, kami ikut perintah saja. Tapi kajian lebih teliti perlu dilakukan untuk memastikan penganjura­n semula F1 adalah lebih baik berbanding sebelum ini,” katanya.

Razlan berkata demikian mengulas hasrat Perdana Menteri yang berharap F1 kembali dianjurkan semula di SIC.

Perdana Menteri yang menjadi pencetus kepada kewujudan SIC dan F1 berkata demikian ketika berucap selepas menerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup pada Majlis Anugerah PETRONAS SIC Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) malam kelmarin.

Sementara itu, bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam reaksinya berhubung perkara itu juga kurang bersetuju dengan hasrat Perdana Menteri itu kerana ia menelan belanja besar tetapi menerima pulangan yang terus menurun saban tahun.

“Bercakap mengenai sukan, sepanjang tempoh awal 2019 ini pelbagai rungutan daripada atlet dan badan sukan kita dengar disebabkan peruntukan kewangan yang dipotong.

“Ada atlet yang perlu menampung sendiri kos latihan termasuk membayar sendiri jurulatih mereka dan latihan luar negara juga ada yang tidak diluluskan. Elaun sara hidup atlet juga dikurangka­n.

“Jadi, sebelum terlintas fikiran untuk menganjurk­an semula perlumbaan F1 ini, adalah lebih baik kerajaan Pakatan Harapan (PH) terlebih dahulu menyatakan hala tuju serta pelan pembanguna­n sukan yang masih belum kelihatan walaupun sudah mengambil alih kerajaan hampir 10 bulan lalu.

“Tangani terlebih dahulu masalah yang dihadapi oleh atlet dan badan sukan di negara ini,” katanya di laman sosial Facebook miliknya.

 ?? Razlan Razali ?? Pada akhirnya jika kerajaan nak bawa balik F1, kami ikut perintah saja”
Razlan Razali Pada akhirnya jika kerajaan nak bawa balik F1, kami ikut perintah saja”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia