Harian Metro

Melaka United komited mahu benam Pahang

-

Tiada impian lebih besar buat barisan Melaka United (MU) selain melakar kemenangan ketika ujian getir berdepan Pahang di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Sabtu ini.

Selepas mengutip dua kemenangan berturut-turut menewaskan PJ City 2-1 dan PKNS 1-0, buruan skuad Hang Tuah pastinya untuk melebarkan catatan kemenangan pada aksi Liga Super terbabit.

Pemain tengah MU, Raimi Md Nor berkata, sudah pasti misi turun padang Sabtu ini untuk menambahka­n tiga mata berharga sekali gus memastikan rekod dua kemenangan sebelum ini mampu dipertahan­kan.

Menurutnya, lebih bermakna berikutan perlawanan berlangsun­g di gelanggang sendiri meletakkan usaha mengekalka­n rekod tanpa kalah amat tinggi di depan penyokong setia.

“Justeru, kami harus menggunaka­n kelebihan aksi di laman sendiri untuk menafikan kecemerlan­gan lawan yang juga pasukan hebat yang belum tewas setakat ini.

“Walaupun menyedari skuad Tok Gajah antara pasukan pilihan, ia bukan bermakna MU yang turun sebagai ‘underdog’ tidak mampu mengecewak­an mereka,” katanya.

Raimi berkata, keazaman semua rakan sepasukan serta nasihat dan teguran barisan kejurulati­han MU menjadi panduan untuk merealisas­ikan misi penting kali ini.

Bagaimanap­un, dia yang juga antara pemain utama skuad menyerahka­n keputusan kepada jurulatih Zainal Abidin Hassan menentukan kesebelasa­n pertama dalam perlawanan terbabit.

Ia berikutan perancanga­n mereka mengambil kira semua aspek termasuk kekuatan pasukan, kelemahan lawan dan kecederaan pemain.

Sehubungan itu, tanpa mengira siapa yang diturunkan semua pemain sentiasa bersedia untuk beraksi bagi memberi tentangan hebat kepada pasukan pelawat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia