Harian Metro

FELDA United fokus saingan

-

Kuantan: Pengendali FELDA United FC, Mohd Nidzam Jamil tidak mahu terlalu memikirkan jadual perlawanan yang menyaksika­n kelab itu akan beraksi di tempat lawan dalam dua perlawanan berturut-turut selepas ini.

Sebaliknya, bekas pemain kebangsaan itu berkata, fokus utama adalah untuk mengelak The Fighters terlepas mata apabila bertemu Kedah, Sabtu ini dan Perak pada 23 Februari ini.

“Saya kini perlu memastikan pemain lebih bersedia mengharung­i dua perlawanan berturut-turut di tempat lawan itu tanpa dikecewaka­n.

“Dengan mengekalka­n rekod tanpa kalah ketika seri dengan Selangor dan PKNP FC, saya harap semua pemain dapat mengekalka­n prestasi itu.

“Biarpun hampir memberi tiga mata kepada Selangor dan PKNP, kebangkita­n yang pemain persembahk­an seharusnya dipuji untuk membantu pasukan sekurang-kurangnya meraih satu mata.

“Dalam dua perlawanan itu, kami ketinggala­n tetapi semangat juang tinggi dan tidak mudah putus asa, pemain kembali bangkit sekali gus mengecewak­an lawan daripada membawa pulang tiga mata,” katanya.

Justeru, Mohd Nidzam berkata, skuad kendaliann­ya itu perlu lebih kreatif untuk memberi tekanan kepada Kedah walaupun lawan berada pada prestasi terbaiknya ketika ini.

Katanya, kelebihan yang dimiliki skuad Lang Merah itu tidak seharusnya memberi tekanan kepada The Fighters untuk beraksi dengan baik.

“Saya percaya peluang sememangny­a ada buat pasukan untuk mencatat keputusan positif. Tapi, pemain tidak boleh terlalu memberi ruang kepada lawan jika mahu mencuri mata di Alor Setar nanti,” katanya.

 ??  ?? MOHD Nidzam (kanan) pada sesi latihan bersama FELDA United.
MOHD Nidzam (kanan) pada sesi latihan bersama FELDA United.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia