Harian Metro

‘Kamu diintai’

- Firdaus Hashim dan Syazwan Msar sukanteam@nstp.com.my

 Pasukan babit gejala haram dalam radar SPRM

Pasukan Liga Malaysia (Liga M) terutama yang bermasalah terutama membabitka­n isu tunggakan gaji berada dalam radar Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Itu peringatan Timbalan Ketua Pesuruhjay­a

(Operasi) Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki kepada pasukan Liga M musim ini supaya menjauhi kegiatan bookie sebelum tindakan lanjut diambil. Beliau berkata, SPRM sedia maklum terdapat beberapa pasukan menghadapi masalah terutama berkaitan tunggakan gaji sekali gus memberi peluang dan ruang kepada bookie untuk menawarkan wang bagi menjual perlawanan.

“Walaupun kita tidak meletakkan tunggakan gaji sebagai ukuran kepada gejala rasuah dalam kalangan pemain dan jurulatih, ia tetap memberi ruang kepada mereka untuk menjual perlawanan.

“Oleh itu, saya beri amaran kepada pasukan Liga M terutama yang berhadapan pelbagai masalah bahawa SPRM sentiasa mengikut perkembang­an semasa dan jika ada maklumat, kami akan bertindak,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Laporan eksklusif Arena Metro baru-baru ini mendedahka­n pengakuan seorang bekas pemain yang sebelum ini beraksi di Liga Perdana pernah didekati bookie selepas mengetahui kemelut tunggakan gaji yang dialami pasukannya.

Dia yang hampir sedekad berkecimpu­ng dalam arena bola sepak tempatan, terpaksa mengucapka­n selamat tinggal kepada kerjaya yang ‘dicintainy­a’ itu selepas serik menjadi mangsa bekas majikannya yang tidak membayar sesen pun gajinya musim lalu.

Selain itu, beliau juga mengingatk­an kepada persatuan bola sepak negeri supaya memberikan kerjasama dengan menyalurka­n maklumat berkaitan rasuah terutama bookie.

“Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) begitu komited memberikan kerjasama dalam menyalurka­n maklumat berkaitan rasuah dan berharap persatuan bola sepak negeri turut mengambil tindakan sama.

“Kebiasaann­ya pemain atau jurulatih mengambil rasuah kerana sifat tamak namun dalam situasi sekarang ini mereka tiada gaji dan itu juga menjadi antara faktor mudah dipengaruh­i bookie,” katanya.

 ??  ?? AZAM
AZAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia