Harian Metro

Hafizul penyelamat gawang Perak

- Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@nstp.com.my

Ipoh: Wira pasukan Perak, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy mengakui gementar dan berdebar ketika menyelamat­kan penalti pasukan Kitchee SC pada perlawanan pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) malam kelmarin.

Sambil menyifatka­n nasib dan rezeki memihak kepadanya, Muhammad Hafizul Hakim tidak mahu mendabik dada apabila sekali lagi menjadi wira pasukan dalam penentuan sepakan penalti sepertiman­a dilakukann­ya pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2018.

Muhammad Hafizul Hakim berkata, dia belum layak untuk dilabel sebagai penjaga gol terbaik negara dalam penentuan penalti kerana sepakan penalti bergantung kepada nasib dan rezeki.

Bagaimanap­un, dia bersyukur kerana berjaya melaksanak­an tanggungja­wab diamanahka­n Ketua Jurulatih Mehmed Durakovic sekali gus menafikan hasrat pasukan pelawat untuk memenangi perlawanan itu selepas kedua pasukan terikat 1-1 sehingga ke masa tambahan.

“Ketika itu saya berdebar kerana harapan seluruh pasukan terletak di bahu saya, jika saya gagal menyelamat­kan sepakan dibuat pemain Kitchee SC, sudah pasti kemenangan berpihak kepada mereka selepas Leandro (Leandro Dos Santos Oliviera) gagal menyempurn­akan penalti Perak.

“Namun saya cuba menenangka­n diri dan berjaya menyelamat­kan sepakan dibuat pemain Kitchee SC sekali gus menghidupk­an semula peluang pasukan Perak,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, walaupun berjaya menyelamat­kan sepakan itu, dia masih berdebar berhadapan dengan sepakan seterusnya namun beberapa ‘tip’ diberikan rakan sepasukan digunakan sebaik mungkin untuk menafikan sepakan seterusnya.

“Along (Rafiuddin Roddin) dan Nazirul (Nazirul Naim Che Hashim) ada memberikan ‘tip’ sebelum perlawanan, mereka beritahu saya yang pemain pasukan Kitchee SC gemar mengambil sepakan ke arah kiri pintu gol.

“Alhamdulil­lah, nasib saya baik apabila jangkaan saya tepat dan berjaya menolak sepakan penalti yang membawa kemenangan kepada Perak,” katanya.

 ??  ?? AKSI Muhammad Hafizul Hakim menyelamat­kan sepakan penalti pemain Kitchee SC pada pusingan kelayakan kedua, Liga
Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Perak, semalam.
AKSI Muhammad Hafizul Hakim menyelamat­kan sepakan penalti pemain Kitchee SC pada pusingan kelayakan kedua, Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Perak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia