Harian Metro

‘Jangan ikat aksi Saddil’

- Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad bawah 22 (B-22) tahun Indonesia, Indra Sjafri membidas Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) yang tidak melepaskan bintang mudanya, Saddil Ramdani beraksi di kejuaraan Piala AFF B-22 di Kemboja, Ahad ini.

Indra melebelkan PBNP sebagai tidak profesiona­l dan mengamalka­n diskrimina­si dalam soal pelepasan pemain apabila skuad Tok Gajah, sebaliknya melepaskan dua daripada tiga tonggak iaitu R Kogileswar­an dan R Dinesh untuk menyertai skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu.

“Kemungkina­n Saddil kalau Pahang beri keizinan untuk tiga pemain Malaysia di sana, maka kita juga akan tuntut keadilan.

“Jangan ada diskrimina­si dong. Saddil kalau bisa dipulangka­n, dipinjamka­n ke kita,” katanya kepada media tempatan Indosport.

Sebelum ini, Kim Swee menyenarai­kan tiga pemain Pahang untuk menghadiri kem latihan pusat negara, namun hanya dua pemain Pahang yang hadir dan seorang lagi pemain iaitu Faisal Halim tidak dilepaskan.

Selain Saddil, Indra Sjafri juga sedang menunggu kedatangan pemain sayap yang lincah iaitu Osvaldo Haay. Pemain Persebaya Surabaya itu sedang menjalani ujian pemilihan dengan kelab Sepanyol, UD Numancia.

Dalam kejohanan itu, Malaysia dan Indonesia diletakkan dalam Kumpulan B bersama tuan rumah Kemboja dan Myanmar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia