Harian Metro

AJFC komited cari pelapis bola sepak

- Meor Riduwan Meor Ahmad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Memasuki tahun kelapan penganjura­nnya, Kem Bola Sepak Remaja Allianz (AJFC) 2019 kekal sebagai satu daripada program pertanding­an terbaik dalam mencungkil bakal pemain bola sepak di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Zakri Khir berkata, kemuncak AJFC memberi peluang kepada pemain muda terbaik berusia 14 hingga 16 tahun dari Malaysia peluang sekali seumur hidup untuk menjalani latihan bersama jurulatih pasukan gergasi Jerman, Bayern Munich FC.

Katanya, program itu adalah komitmen Allianz Malaysia terhadap sukan dan program tanggungja­wab sosial korporat.

“Saya teruja edisi kali ini pertanding­an ini diadakan di seluruh negara membabitka­n pasukan daripada wilayah tengah, selatan, utara, pantai timur, Sabah dan Sarawak.

“Matlamat utama AJFC adalah untuk memberi peluang kepada pemain bola sepak muda untuk memulakan impian mereka dan kami akan terus melakukann­ya.

“Berikutan kekurangan pertanding­an kompetitif untuk pemain muda di peringkat akar umbi, penyertaan dalam AJFC adalah pilihan tepat,” katanya dalam ucapan ketika merasmikan pelancaran AJFC Malaysia 2019 di sini, semalam.

Sementara itu, seorang daripada juri Liga AJFC, E Elavarasan menyifatka­n program itu amat baik dalam mencungkil bakat pemain muda untuk diketengah­kan.

“Menerusi program ini kita pergi jauh ke pedalaman untuk memberi peluang kepada pemain muda bukan elit untuk menyertai pertanding­an ini.

“Ini suatu pendekatan unik, anda tidak benarkan pemain dari sekolah sukan turut serta. Jadi memang agak mencabar bagi jurulatih untuk memilih pemain terbaik,” katanya yang juga juga bekas jurulatih Felda United FC, PKNS FC dan Melaka United.

Liga AJFC 2019 akan bermula pada 2 Mac di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi bagi wilayah tengah dan Padang 10, Kompleks Sukan Hang Jebat, Melaka (selatan).

Bagi daerah utara pertanding­an dilangsung­kan di Stadium Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, pantai timur (Padang Majlis Perbandara­n Kuantan 1 dan Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah di Kuantan, Pahang pada 9 Mac.

 ??  ?? ZAKRI (kiri) pada majlis pelancaran AJFC, semalam.
ZAKRI (kiri) pada majlis pelancaran AJFC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia