Harian Metro

Segera wujud tabung khas

 Mampu bantu selesai isu seperti gaji lewat

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@mediaprima.com.my

Pernah mengalami pengalaman hampir sama ketika berdepan kemelut pampasan dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 1996, bekas pemain badminton perseorang­an lelaki negara, Roslin Hashim (gambar) berharap pihak berkepenti­ngan dalam bola sepak dapat menyegerak­an penubuhan tabung khas bagi membantu menyelesai­kan masalah isu tunggakan gaji pemain bola sepak dalam Liga Malaysia (Liga M).

Menurutnya, penubuhan tabung berkenaan adalah satu usaha baik selepas ia dicadangka­n oleh Persatuan Pemain Bola Sepak Profesiona­l Malaysia (PFAM).

“Bagi saya ia satu usaha yang baik untuk membantu pemain. Ia berkaitan dengan periuk nasi kerana itu pekerjaan sepenuh masa mereka,” kata Roslin kepada Arena Metro.

Pada 1996, Kelab Badminton Nusa Mahsuri mengambil inisiatif mewujudkan tabung khas dan mengambil masa selama dua bulan mengutip dana daripada orang ramai bagi membolehka­n Roslin serta seorang lagi pemain, Ismail Saman menyelesai­kan pampasan bernilai lebih daripada RM100,000.

Bagaimanap­un, bekas pemain nombor satu dunia itu berharap sumbangan kepada pemain perlulah mengikut saluran betul dan diberikan kepada individu yang sangat memerlukan.

“Sekarang kita bercakap mengenai kelangsung­an hidup, mereka yang berdepan masalah gaji perlu menyara keluarga. Kalau mereka berdepan masalah ini, anak bini mereka mahu makan apa.

“Matlamat tabung ini adalah untuk membantu pemain terutama mereka yang masih aktif tapi terpaksa melakukan kerja lain selepas tidak dibayar gaji oleh pihak pengurusan,” kata Roslin.

Pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2001 ini mengakui bahawa pemain yang berdepan masalah gaji seboleh-bolehnya tidak mahu perkara ini diketahui oleh pidak media.

Arena Metro sebelum ini melaporkan isu tunggakan gaji bola sepak negara diibaratka­n ‘barah tahap empat’ apabila hutang lapan pasukan terhadap pemain mencecah hampir RM8.32 juta setakat musim lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia