Harian Metro

Cemas tedung selar dalam stor

-

Miri: Seorang wanita cemas selepas menyedari kehadiran ular tedung selar sepanjang satu meter di dalam stor kediamanny­a di Lambir, di sini, jam 8 pagi semalam.

Terdahulu, sebelum kejadian wanita berusia 40 tahun itu menjemur kain sebelum menyedari kehadiran reptilia berbisa berkenaan.

Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Miri, Kapten Hazlee Shah Abd Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung pekara itu pada jam 8.17 pagi.

“Reptilia itu bersembuny­i di dalam stor namun tiga anggota ditugaskan ke lokasi berjaya menangkap ular tedung selar berkenaan,” katanya.

Hazlee Shah berkata, reptilia berbisa itu kemudian dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Miri, untuk tindakan lanjut.

 ??  ?? ANGGOTA APM Miri menangkap tedung selar sepanjang satu meter di kediaman penduduk di Lambir, Miri.
ANGGOTA APM Miri menangkap tedung selar sepanjang satu meter di kediaman penduduk di Lambir, Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia