Harian Metro

Kebas bateri lori

- Abdul Rahemang Taiming am@hmetro.com.my

 Pasangan suami isteri aktif curi di sekitar Tawau ditahan

Pasangan suami isteri aktif mencuri bateri lori sekitar bandar ini, Batu 10 dan kawasan perindustr­ian Batu 3 Jalan Apas, di sini, di cekup polis.

Lelaki tempatan berusia 37 tahun dan isterinya wanita warga asing 27 tahun ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di Jalan Dunlop, jam 7 malam, 1 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, susulan penahanan pasangan itu pihaknya yakin dapat menyelesai­kan enam kes curi bateri lori dilaporkan antara September 2018 sehingga Januari lalu.

Katanya, selain itu polis turut menyerbu sebuah kedai besi buruk di bandar ini kelmarin dan menahan pekerja premis berkenaan berusia 34 tahun bagi membantu siasatan.

“Kami turut merampas tiga bateri lori disyaki dijual pasangan berkenaan. Turut dirampas sebuah kereta disewa pasangan itu, kabel bateri, sarung tangan dan peralatan disyaki digunakan ketika melakukan jenayah.

“Semakan rekod mendapati suspek lelaki memiliki rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya dan pernah menjalani hukuman penjara selama tiga bulan pada 2017,” katanya, semalam.

Beliau berkata, individu berkenaan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 A (2) Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri komponen kenderaan.

Menurutnya, siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 411 dan Seksyen 414 kerana memiliki/menerima harta curi serta menghapusk­an harta curi.

 ??  ?? ANTARA bateri lori yang dirampas polis.
ANTARA bateri lori yang dirampas polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia