Harian Metro

Kutip RM51.57 juta melalui PKPS

-

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sabah mengutip cukai berjumlah RM51.57 juta daripada 672 pembayar menerusi Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) setakat Jumaat lalu.

Pengarahny­a Datuk Hajam Lajah Alam berkata, setakat ini program itu mendapat sambutan amat menggalakk­an, namun berharap lebih ramai akan tampil membayar cukai.

“Setakat ini, lebih 600 pembayar cukai tampil dan sebahagian besar mereka ini dari sekitar Kota Kinabalu.

“Bagi program PKPS Sabah kami menyasarka­n jumlah kutipan RM437 juta. Kami jangka lebih ramai akan tampil kerana biasanya pembayar cukai ini datang pada saat akhir,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Tanggungja­wab Sosial Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2019 di pekarangan LHDN, di sini, semalam.

Hajam, meminta pembayar cukai terutama individu memiliki akaun di luar negara tampil segera menunaikan tanggungja­wab mereka.

“Guna peluang diberikan, PKPS adalah program amat bagus, hantar borang dan laporkan pendapatan dengan betul.

“Penalti dikenakan pun tidak tinggi cuma 10 peratus saja sehingga 1 April. Manakala bagi fasa kedua, penalti dikenakan 15 peratus sehingga tempoh 30 Jun.

“Kami minta mereka berkenaan tampil segera kerana tempoh program ini berakhir pada 30 Jun. Selepas itu, penalti akan dikenakan lebih tinggi iaitu minimum 80 peratus dan maksimum 300 peratus,” katanya.

Menurutnya, LHDN

Sabah meletakkan sasaran untuk mengutip cukai sehingga RM4.390 bilion sepanjang tahun ini.

 ??  ?? HAJAM menyerahka­n angpau kepada kanak-kanak selepas merasmikan Program Tanggungja­wab Sosial Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2019 di pekarangan LHDN, Kota Kinabalu.
HAJAM menyerahka­n angpau kepada kanak-kanak selepas merasmikan Program Tanggungja­wab Sosial Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2019 di pekarangan LHDN, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia