Harian Metro

Seleweng bahan api

 KPDNHEP rampas diesel, petrol RM61,000 dalam serbuan

- Poliana Ronnie Sidom poliana@nstp.com.my

Pejabat Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sandakan merampas 800 liter diesel dan petrol dalam serbuan di sebuah stesen minyak di Batu 32, di sini, jam 12 tengah malam, semalam.

Rampasan membabitka­n 600 liter diesel dan 200 liter petrol serta sebuah lori digunakan bagi mengangkut bahan petroleum berkenaan.

Ketua Cawangan KDPNHEP Sandakan, Abd Muis Samsuddin berkata, nilai keseluruha­n rampasan dianggarka­n berjumlah RM61,000.

“Ketika serbuan kami mengesan perbuatan seorang lelaki tempatan mengisi produk petroleum berkenaan ke dalam tong. Produk petroleum ini disyaki diseleweng dan dijual semula.

“Serbuan itu susulan risikan oleh pihak kami selama dua minggu, semakan dijalankan mengesan ada transaksi membabitka­n pemindahan dan pembelian produk petroleum dalam kuantiti yang besar,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, semakan lanjut mendapati premis terbabit tidak memiliki lesen atau permit untuk menyimpan barang kawalan berjadual produk petroleum. “Lelaki berusia 44 tahun ditahan kemudian dibebaskan selepas keterangan­nya diambil.

Pemilik premis terbabit turut diambil tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA KPDNHEP memeriksa tong mengandung­i
bahan api.
ANGGOTA KPDNHEP memeriksa tong mengandung­i bahan api.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia