Harian Metro

Rumah, kancil hangus

-

Tuaran: Enam penghuni sebuah rumah papan dua tingkat tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka di sini musnah dalam kebakaran jam 9.20 pagi, semalam.

Kebakaran turut menyebabka­n sebuah Perodua Kancil diparkir berhampira­n rumah papan berkenaan rosak 30 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.26 pagi.

Beliau berkata, susulan itu 10 anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kebakaran.

“Kami tiba di lokasi empat minit kemudian dan ketika itu api marak serta merebak ke seluruh rumah papan berkenaan.

“Cuaca panas selain struktur rumah diperbuat daripada kayu menyebabka­n api merebak dengan pantas,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Abdul Qawie berkata, operasi ditamatkan pada jam 10.10 pagi selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

“Setakat ini kami tidak menerima laporan berhubung kecederaan atau kemalangan jiwa. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran rumah papan di Tuaran, semalam.
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran rumah papan di Tuaran, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia