Harian Metro

Beri peluang jemaah masjid salur maklumat

-

Warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, menjadikan masjid sebagai institusi untuk berkongsi dan menyampaik­an maklumat berkaitan pencegahan jenayah.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superinten­dan Mohd Haris Ibrahim berkata, menerusi kerjasama dijalin jemaah boleh menyalurka­n maklumat mengenai aktiviti jenayah kepada pihaknya secara terus.

“Langkah ini sekurang-kurangnya memberi peluang kepada jemaah ke masjid menyalurka­n maklumat memandangk­an kami menyediaka­n peti maklumat untuk kemudahan mereka.

“Pendekatan seperti ini akan diperluask­an ke rumah ibadat lain mengikut kesesuaian,” katanya, semalam.

Beliau berkata, sebelum ini program sama dijalankan dengan kerjasama pihak pengurusan sekolah.

 ??  ?? MOHD Haris
MOHD Haris

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia