Harian Metro

Kampung Jerijeh bakal dapat masjid baharu

-

Manis: Impian 1,000 penduduk Kampung Jerijeh untuk beribadat dalam keadaan lebih selesa bakal menjadi kenyataan selepas kerajaan negeri setuju untuk membina sebuah masjid baharu.

Masjid berkenaan juga bakal menjadi pusat aktiviti sosial dan kemasyarak­atan sekali gus memberikan lebih manfaat kepada penduduk.

Penghulu Kampung Jerijeh, Rosli Mat berkata, kemudahan itu bakal menjadi simbol pembanguna­n syiar Islam di penempatan berkenaan.

“Terima kasih Kerajaan Sarawak kerana menyediaka­n kemudahan baharu ini untuk kami. Mudah-mudahan ia memberi galakan kepada golongan belia dan remaja untuk bersama-sama mengimarah­kan masjid itu nanti.

“Kami bukan saja dapat beribadat dalam keadaan lebih selesa, malah pelbagai program keagamaan lain seperti kelas membaca al-Quran, fardu ain dan ceramah boleh dianjurkan selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Rumah Jawatankua­sa Keselamata­n, Kemajuan dan Kampung (JKKK) Kampung Jerijeh, semalam.

Majlis itu disempurna­kan Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh.

 ??  ?? LEN bersama penduduk meninjau keadaan Rumah JKKK selepas majlis perasmian Rumah JKKK Kampung Jerijeh, Tanjung Manis.
LEN bersama penduduk meninjau keadaan Rumah JKKK selepas majlis perasmian Rumah JKKK Kampung Jerijeh, Tanjung Manis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia