Harian Metro

Pembinaan jalan hubungkan Sarikei ke Tanjung Manis mula tahun ini

-

Pembinaan jalan menghubung­kan Sarikei dan Tanjung Manis akan dimulakan tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, proses tender projek itu akan diadakan dalam masa terdekat.

“Projek ini ditanggung sepenuhnya kerajaan negeri kerana sudah lama dinantikan penduduk Sarikei.

“Saya sendiri sudah berkali-kali menyuaraka­n permohonan pembinaan jalan ini termasuk ketika Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

“Dengan adanya jalan baru ini, tentunya memberi manfaat yang sangat besar kepada penduduk Sarikei dan sekitarnya,” katanya.

Beliau berkata, demikian ketika ditemui pada rumah terbuka anjurannya sempena sambutan Tahun Baharu Cina, kelmarin.

Katanya, pembinaan jalan sejauh 17 kilometer (km) dari Sungai Pasi Meradong menuju ke Tanjung Manis turut membabitka­n sebuah jambatan sepanjang 1.2 km.

“Sebelum ini jika mahu ke Tanjung Manis, penduduk Sarikei terpaksa menempuh perjalanan lebih dua jam dengan merentasi Sibu.

“Jalan ini dijangka siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun. Selepas siap nanti, penduduk hanya memerlukan tempoh kurang setengah jam untuk ke Tanjung Manis,” katanya.

 ??  ?? HUANG memberikan angpau kepada tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina, kelmarin.
HUANG memberikan angpau kepada tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia