Harian Metro

BAYARAN HAJI KEKAL RM9, 980

 TH taja subsidi daripada kos sebenar RM22,900

- Suraya Roslan am@hmetro.com.my

Subsidi tidak jejas bayaran hibah

Dr Mujahid

BAYARAN BAGI JEMAAH haji negara ini kekal RM9,980 tahun ini biarpun berlaku kenaikan daripada kos sebenar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, kos sebenar meningkat RM22,900 berbanding RM22,450 musim haji lalu.

“Tabung Haji (TH) berusaha menanggung subsidi lebih daripada RM306 juta susulan peningkata­n kos haji tahun ini.

“Dalam tempoh 10 tahun, TH menanggung subsidi melebihi RM1 bilion,” katanya di Menara TH, Jalan Tun Razak, di sini, semalam.

Turut hadir Timbalanny­a Fuziah Salleh, Pengerusi Lembaga Tabung Haji Tan Sri Md Nor Yusof dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Zukri Samat.

Ditanya mengenai pemLawatan berian hibah, Dr Mujahid berkata, pihaknya memberi jaminan pengekalan subsidi tidak mengganggu pemberian hibah yang dijangka diumumkan hujung Februari atau awal Mac depan.

“Subsidi tidak jejas bayaran hibah. Kami masih mampu mengekalka­n imbangan kewangan walaupun ada pemberian subsidi jemaah haji,” katanya.

Mengenai kuota haji, Dr Mujahid berkata, hasil perbincang­an dengan kerajaan Arab Saudi sebelum ini memaklumka­n kuota jemaah tahun ini dikekalkan 30,200 jemaah.

“Kami cuba minta kuota 31,300 jemaah, tetapi kekangan daripada pihak sana (kerajaan Arab Saudi).

“Berkenaan rayuan haji, ia berjalan seperti biasa namun keputusan mengenainy­a mengambil kira prinsip istito’ah (kemampuan) dalam pertimbang­an meluluskan rayuan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia