Harian Metro

DIJANGKA 4 PENJURU

 PRK DUN Semenyih dijangka empat penjuru

- Hairulazim Mahmud dan Rizanizam Abdul Hamid am@hmetro.com.my

Biarpun penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih berlangsun­g Sabtu ini, sekurang-kurangnya empat calon sudah mengesahka­n untuk bertanding mewakili parti masing-masing serta seorang calon bebas.

Pakatan Harapan (PH) mempertaru­hkan calon muda, Muhammad Aiman Zainali, 30, dalam usaha gabungan itu mempertaha­nkan kerusi DUN berkenaan pada 2 Mac ini manakala Barisan Nasional (BN) pula mencalonka­n aktivis masyarakat, Zakaria Hanafi dalam usaha untuk cuba merampas kembali kerusi berkenaan.

Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumka­n pemilihan jurutera muda itu yang juga menantu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih sebelum ini, Allahyarha­m Bakhtiar Mohd Nor di Taman Pelangi Semenyih, di sini, semalam.

Sementara itu, calon BN pula diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan yang kini menjalanka­n tugass Presiden UMNO di Pusat Operasi BN, di sini.

PRK kali ini dijangka menyaksika­n pertembung­an empat penjuru dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) turut mengumumka­n orang muda, Nik Aziz Afiq Abdul, 25, sebagai calonnya.

Seorang lagi individu yang disebut-sebut akan bertanding sebagai calon bebas ialah Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai ‘Pakcik Kentang’.

Muhyiddin berkata, selepas PH membuat penelitian mendapati Muhammad Aiman adalah calon terbaik dan disahkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi PH.

“Muhammad Aiman sememangny­a layak, tidak terlalu muda dan terlalu tua dengan kelayakan ijazah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).

“Beliau adalah anak tempatan dan sudah terlibat dalam politik sejak awal parti pada 2017, mempunyai sedikit sebanyak pengalaman membantu kerja ayah mentuanya sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Mohammad berkata, Zakaria, 58, yang juga lulusan Sarjana Muda Sains Pembanguna­n dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) aktif dalam masyarakat setempat dan pernah memegang beberapa jawatan penting antaranya Setiausaha awatankuas­a Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kg Sesapan Kelubi, Setiausaha Surau Al-Falah dan Ahli Lembaga Pengarah KOPEL Hulu Langat.

Katanya, pihaknya yakin dengan keperibadi­an Zakaria, BN mampu memenangi PRK kali ini.

“Insya-Allah jentera kita juga akan bekerja kuat dengan kerjasama parti sahabat kita iaitu PAS dan calon akan turun bertemu mata dengan semua pengundi di DUN ini sekali gus merampas kembali kerusi ini

“Saya menyeru semua pengundi menjadikan PRK Semenyih ini sebagai referendum atas ketidakpua­san hati kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH),” katanya pada majlis berkenaan di Bilik Gerakan Utama BN di sini, semalam.

PRK DUN Semenyih diadakan susulan kematin Bakhtiar yang meninggal dunia di Hospital Kajang pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Semenyih pada 2 Mac manakala penamaan calon pula ditetapkan pada Sabtu ini dan tarikh mengundi awal pada 26 Februari.

 ??  ??
 ??  ?? Kuan
ZAKARIA MUHAMMAD Aiman
Nik Aziz
Kuan ZAKARIA MUHAMMAD Aiman Nik Aziz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia