Harian Metro

SAUDAGAR DIKERAT

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Mahaizura Abd Malik am@hmetro.com.my

“Sampai hati (pembunuh), kenapa bunuh suami saya sampai macam itu? kata Meli Rahmawati, 33, isteri mangsa pembunuhan kejam, Ujang Nuryanto, 37.

Dia dipercayai mayat seorang daripada dua individu tanpa identiti yang ditemui tanpa tangan dan kaki berhampira­n sungai di kawasan kelapa sawit di Bandar Desa Coalfield, Sungai Buloh, 26 Januari lalu.

Meli berkata, dia mahu pihak berkuasa Malaysia mencari keadilan buat suaminya yang dibunuh dengan kejam.

“Saya minta keadilan buat suami saya seadil-adilnya sampai pembunuh itu tertangkap.

“Jika ada peluang memang teringin hendak bertemu dengan pembunuh itu. Apa motif dia bunuh suami saya, apakah dia tak fikirkan saya dan anak masih kecil di rumah menunggu kepulangan suami?” katanya ketika dihubungi di Indonesia, semalam.

Katanya, kali terakhir dia berbual dengan suaminya yang juga peniaga tekstil pada malam 21 Januari lalu sehari sebelum suaminya dilaporkan hilang dari hotel penginapan­nya.

“Malam itu, dia ada menghubung­i saya dan sempat bertanyaka­n sama ada saya masih mempunyai wang.

“Jika tiada dia mahu memindahka­n wang, tetapi saya menolaknya kerana dua hari lagi dia dijangka pulang. Tapi tak sangka rupanya dia tidak pulang langsung,” katanya.

Meli berkata, suaminya kelihatan resah sejak tiga bulan lalu kerana beberapa pengusaha di Malaysia masih tidak membayar hutang.

“Dia ingin mengambil wang (hutang). Dia ada beritahu sebilangan hutang masih banyak sekitar RP 2 miliar (RM547,000) belum dibayar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Penerangan Masyarakat Polis Republik Indonesia (POLRI), Brigidier Jeneral Dedi Prasetyo mengesahka­n satu mayat yang ditemui adalah Nuryanto.

“Ada 12 titik kesamaan (cap jari) tepat menunjukka­n mangsa yang meninggal dunia adalah Nuryanto.

“Satu lagi mayat masih belum dapat disahkan identitiny­a kerana ada potongan tubuh yang ditemui,” katanya dipetik daripada Kompas.com.

Pada 26 Januari lalu, mayat dua individu tanpa identiti ditemui berhampira­n sungai di kawasan kelapa sawit.

Selain itu, satu plastik dipercayai mengandung­i kepala, tangan dan kaki yang turut ditemui di lokasi kejadian oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan, jam 2.30 petang.

Hasil pemeriksaa­n polis mendapati mayat seorang lelaki dan wanita yang ditemui di lokasi kejadian.

Susulan itu, dua lelaki warga asing ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan dua mayat berkenaan.

Dua lelaki berusia antara 35 hingga 40 tahun itu ditahan pada 29 dan 30 Januari lalu di sekitar Kuala Lumpur.

 ??  ??
 ??  ?? MAYAT yang ditemui dekat sungai di Bandar Desa Coalfield, Sungai Buloh.
MAYAT yang ditemui dekat sungai di Bandar Desa Coalfield, Sungai Buloh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia