Harian Metro

ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DI THAILAND

 Motosikal hilang kawalan langgar pembahagi jalan dalam nahas di Thailand

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

Seorang wanita warga Malaysia maut selepas motosikal berkuasa tinggi dibonceng bersama suaminya terbabit dalam kemalangan di Suphan Buri, Thailand, semalam.

Mangsa, Zuraini Mohd Nor, 49, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala suaminya, Mahyadi Abdul Manan, 59, pula dilaporkan cedera parah di tangan dan kaki.

Media Thailand melaporkan, pasangan berasal dari Malaysia terbabit kemalangan sewaktu melakukan konvoi motosikal berkuasa tinggi bersama 20 penunggang lain.

Timbalan Inspektor Balai Polis Daerah Muang, Suphan Buri, Leftenan Jeneral Saifon Lakphet berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika pasangan itu menaiki motosikal BMW R1200 dari Wilayah Kanchanabu­ri menuju Wilayah Tak.

“Apabila tiba di selekoh, motosikal ditunggang Mahyadi hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.

“Kejadian menyebabka­n Zuraini terpelanti­ng ke laluan bertentang­an dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Suaminya pula cedera di tangan kanan dan patah kaki. Mangsa kemudian dibawa ke Hopsital Pusat Chao Phraya Yommarat untuk rawatan,” katanya.

Katanya, pihak berkuasa Thailand masih meneruskan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan itu berlaku.

 ??  ??
 ??  ?? ORANG ramai membantu suami isteri (gambar kecil) yang terbabit kemalangan di Suphan Buri.
ORANG ramai membantu suami isteri (gambar kecil) yang terbabit kemalangan di Suphan Buri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia