Harian Metro

Lelaki ditemui mati ‘bersujud’

-

Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan seperti bersujud akibat serangan jantung di tepi tali air di Kampung Chenok, Nilam Puri di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa, Khairul Amerey Ghazali, 34, ditemui orang awam di sebelah motosikaln­ya.

Mayat dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluargany­a jam 11 malam semalam untuk dikebumika­n.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 4.05 petang sebelum Ketua

Balai Polis Nilam Puri dan anggota ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaa­n di badan mangsa tiada kesan pergelutan atau unsur jenayah. Hanya terdapat sedikit darah di bahagian mulut akibat tersembam di atas jalan.

“Polis turut menemui beberapa barang peribadiny­a termasuk beg duit dan telefon bimbit di dalam raga motosikal yang masih dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, hasil bedah siasat mengesahka­n sebab kematian berpunca daripada kegagalan jantung berfungsi.

“Kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia