Harian Metro

Tiada kelibat Muhammad Adib turun van EMRS

-

Shah Alam: Seorang anggota bomba memberitah­u Mahkamah Koroner di sini, bahawa dia tidak nampak kelibat Muhammad Adib Mohd Kassim turun daripada van Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (ERMS) ketika rusuhan berlaku berhampira­n Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, November tahun lalu.

Anggota bomba, Mohd Hazim Mohd Rahimi, 31, ketika memberi keterangan berkata, sebaik sampai di tempat kejadian, dia yang menaiki jentera bomba Fire Rescue Tender (FRT) terus turun dan mahu pergi ke arah kereta terbakar.

Bagaimanap­un, katanya, dia bertindak berpusing balik dan melarikan diri apabila melihat ada seorang lelaki berbadan gempal memakai baju berwarna terang sedang berlari menuju ke arahnya dan sekumpulan perusuh bersenjata­kan seperti pedang samurai dan tiang besi jaring sepak takraw menyerang FRT.

“Saya tidak sempat masuk ke dalam FRT dan paling dekat ketika itu, saya masuk ke dalam ERMS melalui pintu sisi. Bila masuk ke dalam, saya terus berbaring di atas pengusung dan dapat merasakan van ditolak dan diketuk orang orang ramai di sekeliling­nya. Van bergoyang ketika itu.

“Ketika itu, pintu van dalam keadaan tertutup, apabila van berpusing dan senget, barulah pintu tercabut dan ada orang membaling topi keledar dan saya lihat mereka masih mengejar kami. Apabila van sudah bergerak laju, barulah mereka berhenti,” katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali yang juga Timbalan Pendakwa Raya, Hamdan Hamzah.

HAMDAN: Sepanjang masa itu ketika kamu masuk ke dalam ERMS, ada kamu nampak Muhammad Adib turun?

MOHD HAZIM: Saya tidak nampak.

HAMDAN: Selepas itu apa yang berlaku?

MOHD HAZIM: Van dipandu oleh Ahmad Shahrill Othman ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Subang Jaya, dan sebaik sampai dan membuat panggilan baris, barulah mereka tahu Muhammad Adib tiada. Ahmad Shahrill juga terkejut Muhammad Adib tiada.

Sementara itu, menjawab soalan peguam Yahaya Othman yang mewakili keluarga Muhammad Adib, dia mengakui tidak berkomunik­asi dengan Ahmad Shahril yang memandu ERMS ketika itu, sebaliknya berdiam diri dan menyorok di dalam van.

YAHAYA: Apabila awak masuk bersembuny­i di dalam ERMS, ada dengar orang cuba buka pintu van?

MOHD HAZIM: Saya tidak tahu apa yang terjadi di luar.

YAHAYA: Kamu tidak berkomunik­asi dengan orang di depan van? Kamu senyap-senyap sahaja masuk?

MOHD HAZIM: Ya. Dalam van itu ada halangan antara tempat pemandu dan bahagian belakang. Jika berada di belakang, kami hanya boleh melihat siapa duduk di hadapan dengan mengintai melalui tingkap kecil sebesar saiz kertas A4 itu sahaja. Ketika itu keadaan kelam-kabut, saya tidak menjenguk melalui tingkap itu.

YAHAYA: Adakah benar kamu tidak menerima arahan Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Badrul Hisyam Salim @ Ali untuk tidak turun daripada FRT ketika itu?

MOHD HAZIM: Kebiasaany­a tidak perlu bagi arahan, apabila ada kebakaran sebaik tiba tempat kejadian, kami masing-masing tahu apa perlu dilakukan. Bagaimanap­un, jika ia membabitka­n tugasan rumit dan ada pembahagia­n tugas, kami akan tunggu arahan.

YAHAYA: Berhubung panggilan telefon terhadap Muhammad Adib, ada orang

>>Ada perusuh membaling topi keledar selepas pintu van EMRS tercabut

awam maklumkan kenapa mereka bawanya ke hospital? MOHD HAZIM: Tiada. Menjawab soalan peguam keluarga Muhammad Adib, Kamaruzama­n Abdul Wahab pula, Mohd Hazim sekali lagi menegaskan bahawa dia tidak nampak kelibat arwah di tempat kejadian.

KAMARUZAMA­N: Ketika van mengundur dan berpusing, ada nampak pintu di tempat Muhammad Adib terbuka?

MOHD HAZIM: Tidak nampak.

KAMARUZAMA­N: Ada kamu nampak Muhammad Adib di luar?

MOHD HAZIM: Saya tidak nampak. Saya mesti nampak kalau dia keluar sebab kami pakai seluar celoreng iaitu pakaian seragam yang sama.

KAMARUZAMA­N: Rasa paling kuat van digoncang pada masa bila?

MOHD HAZIM: Paling kuat digoncang ketika van dalam keadaan senget.

KAMARUZAMA­N: Ada rasa van bergesel dengan kenderaan di tepi jalan ketika itu? MOHD HAZIM: Tidak rasa. KAMARUZAMA­N: Jarak masa selepas kamu naik dan kemudian van berpusing?

MOHD HAZIM: Terlalu cepat antara sembilan hingga 10 saat saja.

KAMARUZAMA­N: Bila kamu perasan pintu van tercabut?

MOHD HAZIM: Ketika van mula bergerak selepas mengundur, baru saya perasan ia tercabut dan jatuh.

KAMARUZAMA­N: Ketika kamu masuk adakah kamu tutup rapat?

MOHD HAZIM: Saya rasa rapat sebab jika tidak rapat lampu di dalam van akan menyala.

KAMARUZAMA­N: Kenapa ketika kejadian kamu tidak lari masuk ke FRT semula?

MOHD HAZIM: Itu yang paling dekat dan selamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia