Harian Metro

Penyamun dipenjara setahun

- Mohd Rizal Abdullah mohd.rizal@nstp.com.my

Petaling Jaya: Misteri bau busuk membawa kepada penemuan mayat penolong pengurus sebuah syarikat swasta di sebuah kediaman di Blok C Taman Medan Cahaya, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3.45 petang, mayat wanita berusia 41 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring di dalam bilik selepas pihak pengurusan memecah masuk rumah terbabit susulan aduan penghuni blok berkenaan.

Jiran mangsa, Ismarezzal Ishak, 27, berkata, kejadian disedari selepas dia menghidu bau busuk dari rumah wanita itu yang bersebelah­an rumahnya sejak dua hari lalu.

Katanya, dia kemudian memaklumka­n kepada pengurusan bangunan untuk memeriksa kediaman terbabit.

“Dua hari kami menghidu bau busuk dari kediaman jiran yang tinggal sendirian bersebelah­an rumah saya.

“Pada mulanya saya ingatkan kucing peliharaan­nya mati berikutan jiran memelihara haiwan berkenaan.

“Bagaimanap­un, ketika

Hasrat seorang bapa saudara bersama anak saudaranya mencari ketam di Sungai Niah, di sini berakhir dengan tragedi selepas seorang daripadany­a dibaham buaya pagi kelmarin.

Mangsa, Muhd Tahir Majid Syam, 40, ditemui dalam keadaan tidak bernyawa kira-kira jam 6 pagi di tebing sungai berkenaan oleh penduduk kampung berhampira­n.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superinten­dan Mohd Sabri Zain berkata, mangsa bersama anak saudaranya, Muhammad Arfian Putra Effendy, 24, ke kawasan muara sungai berkenaan untuk mencari ketam kira-kira jam 1 tengah hari Isnin lalu.

Menurutnya, mereka kemudian berpecah sebelum anak saudara mangsa melihat mangsa terkapai-kapai di bahagian tengah sungai sebelum tenggelam.

“Mangsa ditemui keesokanny­a dalam keadaan tidak bernyawa, seterusnya dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat.

“Hasil pemeriksaa­n perubatan mendapati terdapat kesan gigitan buaya pada badan mangsa,” katanya.

Katanya, kedua-dua mangsa bekerja sebuah ladang sawit berhampira­n sungai berkenaan.

“Kes disiasat sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya. Tindakan seorang lelaki memecah masuk sebuah rumah dipercayai untuk melakukan jenayah membawa padah apabila dijatuhi hukuman penjara satu tahun di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Keputusan itu dibuat Majistret Abdul Hayyi Salim selepas tertuduh, Shahrul Fadlisman Nawi, 28, dari Kampung Padang Sena di sini mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana penceroboh­an rumah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menceroboh masuk rumah Masood Saidi, 60, tanpa

 Lelaki maut diserang buaya ketika mencari ketam di Sungai Niah >>Kes kematian Muhd Tahir diklasifik­asi mati mengejut

kebenarann­ya dengan niat melakukan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Dia mengaku melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Lorong Tok Payong, Kuala Ibai, antara jam 8 pagi hingga 4.30 petang pada 27 Mac 2016.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zafirah Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 ?? Mohd Sabri Zain ?? Hasil pemeriksaa­n perubatan mendapati terdapat kesan gigitan buaya pada badan mangsa”
Mohd Sabri Zain Hasil pemeriksaa­n perubatan mendapati terdapat kesan gigitan buaya pada badan mangsa”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia