Harian Metro

Jurutera terlepas tali gantung

-

Seorang jurutera yang didapati bersalah membunuh teman wanitanya enam tahun lalu pada Hari Valentine terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutua­n memutuskan dia melakukan kesalahan itu dalam keadaan tidak siuman.

Semalam, yang kebetulan adalah Hari Valentine, panel lima hakim Mahkamah Persekutua­n membenarka­n rayuan Cheong Teik Keon untuk mengetepik­an sabitan dan hukuman mati selepas memutuskan lelaki berusia 35 tahun itu membuktika­n imbangan kebarangka­lian bahawa dia tidak waras ketika melakukan kesalahan itu.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Ahmad Maarop yang mengetuai panel itu berkata, Cheong melakukan kesalahan berkenaan tetapi ketika itu dia berada dalam keadaan tidak siuman dan tidak mampu mengetahui apa yang dilakukann­ya pada masa itu adalah salah atau bertentang­an dengan undang-undang.

Beliau memerintah­kan Cheong ditempatka­n di Hospital Bahagia, Ulu

Kinta, Ipoh, Perak atas perkenan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.

“Kami dapati perayu (Cheong) melakukan kesalahan itu. Bagaimanap­un hakim gagal mempertimb­ang bahawa dia tidak siuman seperti mana peruntukan di bawah Seksyen 84 Kanun Keseksaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia