Harian Metro

Misteri bau busuk terungkai

-

saya cuba periksa didapati pintu dapur rumahnya tidak berkunci kerana kebiasaann­ya dia mengunci semua pintu rumah,” katanya di lokasi kejadian.

Menurutnya, pihak pengurusan bangunan yang memecah masuk kediaman itu kemudian menemui mayat mangsa dalam sebuah bilik.

Katanya, wanita itu sudah lebih dua tahun tinggal di rumah berkenaan dan dia dimaklumka­n sudah tiga hari tidak hadir bekerja oleh majikannya.

Tinjauan Harian Metro mendapati Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya melakukan pemeriksaa­n di lokasi jam 5.30 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi mengesahka­n penemuan mayat wanita terbabit.

Katanya, siasatan lanjut dilakukan bagi mengenal pasti identiti dan punca kematian mangsa.

 ??  ?? ANGGOTA polis mengangkat mayat ditemui mati di sebuah kediaman di Blok C Taman Medan Cahaya, Petaling Jaya, semalam.
ANGGOTA polis mengangkat mayat ditemui mati di sebuah kediaman di Blok C Taman Medan Cahaya, Petaling Jaya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia