Harian Metro

CEO disyaki tipu RM2 juta

-

Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat pelanconga­n yang disyaki terbabit dalam penipuan pakej pelanconga­n tidak wujud membabitka­n kerugian berjumlah RM2 juta ditahan di pejabatnya di Taman Kajang Sentral di sini, kelmarin.

Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan jam 11.55 pagi selepas pihak polis menerima laporan daripada pengadu yang juga mangsa.

Sumber polis berkata, lelaki itu mengaku sekurang-kurangnya 400 individu berminat dengan pakej pelanconga­n ditawarkan syarikat terbabit, dengan kerugian dianggarka­n RM2 juta.

“Salah seorang daripada mangsa membuat laporan polis mendakwa sudah memasukkan wang sebanyak RM27,133 ke akaun syarikat itu dengan perjanjian penerbanga­n ke Turki dan Perancis pada 7 Februari lalu.

“Bagaimanap­un, pada hari penerbanga­n, mangsa dimaklumka­n penerbanga­n itu dibatalkan dengan pelbagai alasan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia