Harian Metro

Cico makin positif Rakan suka sakat

- Ridzuan Abdul Rahman

 Perlu bantuan Uji Rashid untuk berkomunik­asi selepas hidap penyakit misteri

Selepas dua tahun dikatakan menghidap penyakit misteri, keadaan Cico, 41, yang juga anak kepada penyanyi popular era 1970-an, Uji Rashid semakin positif walaupun dia masih sukar untuk berkomunik­asi.

Cico yang juga penyanyi dan pelakon ketika ditemui menolak untuk ditemu bual, sebaliknya perlukan bantuan ibunya untuk berkomunik­asi.

Uji berkata, sebelum ini anaknya itu tidak mengenali sesiapa dan sukar bercakap kerana dikatakan menjadi mangsa penganiaya­an pihak tertentu yang meletakkan bahan terlarang dalam minumannya.

Namun, keadaannya kini sudah berbeza apabila sudah mengenali rakan artis

Kuala Lumpur: Penyanyi Sarah Suhairi, 19, menganggap rakannya sekadar bergurau dan suka menyakat apabila dia dikatakan bercinta dengan Andi Bernadee.

Sarah berkata, dia masih muda dan tidak ada masa untuk berfikir mengenai cinta.

“Biasalah, kalau ambil gambar berdua dengan lelaki pasti ada yang anggap pasangan bercinta.

“Namun, komen daripada rakan kami itu sekadar gurauan. Mereka memang suka menyakat saya,” katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Nyawa dan Raga itu menyerahka­n kepada netizen untuk menilai.

“Saya masih muda lagi dan mahu fokus membina kerjaya. Selain itu, jadual saya juga agak padat dan tiada masa untuk berfikir atau menjalin hubungan cinta.

“Kalau netizen mahu buat andaian sendiri, saya tak boleh halang mereka.

Itu perkara biasa,” dan media.

“Alhamdulil­lah Cico sudah 80 peratus pulih. Dari segi fizikal nampaknya dia sudah okay, cuma percakapan yang masih bermasalah dan perlahan, tetapi dia boleh memahami apa yang diperkatak­an. Dia boleh dengar dan menjawab tapi agak lambat untuk membalas kembali,” katanya.

Menurut Uji, dia sering mengajak Cico menemaniny­a ke mana-mana sebagai satu proses terapi untuk mengembali­kan ingatannya.

“Saya buat begini kerana nak bagi dia ingat semula apa yang dilaluinya sebelum ini. Kadang-kadang dia malas nak ikut kerana tak mahu orang banyak bertanya kepadanya.

“Saya nak kembalikan ingatannya kerana dia pernah hadir ke acara membabitka­n saya sejak kecil dan sebelum dia sakit,” katanya.

Malah, Cico juga kerap membawa bersama anaknya, Rindu Nur Fitrah, 10.

Uji berkata, Cico juga pernah ditawarkan berlakon, tetapi sebagai ibu, dia menolak kerana Cico belum bersedia.

“Dia boleh baca dan bercakap, tapi doktor beritahu prosesnya perlahan. Saya harap Cico akan pulih sepenuhnya selepas ini. Buat masa ini dia menjalani rawatan di hospital termasuk rawatan perubatan Islam.

“Dia juga kerap menjalani terapi di gimnasium bagi mempercepa­tkan proses pemulihann­ya dengan bantuan doktor,” katanya. katanya.

Sarah dan Andi dikatakan semakin akrab selepas menjalani penggambar­an program travelog di Australia.

Di sana, mereka memuat naik beberapa foto bersama dan menerima pelbagai komen daripada netizen dan rakan artis.

 ?? Uji Rashid ?? Saya nak kembalikan ingatannya kerana dia pernah hadir ke acara membabitka­n saya sejak kecil dan sebelum dia sakit” CICO bersama anaknya, Rindu Nur Fitrah dan Uji Rashid.
Uji Rashid Saya nak kembalikan ingatannya kerana dia pernah hadir ke acara membabitka­n saya sejak kecil dan sebelum dia sakit” CICO bersama anaknya, Rindu Nur Fitrah dan Uji Rashid.
 ??  ?? SARAH ANDI Bernadee
SARAH ANDI Bernadee
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia