Harian Metro

‘Saya tak guna taktik kotor’

-

Kuala Lumpur: “Saya tak guna taktik kotor langsung seperti ada orang dalam atau kenal rapat dengan individu tertentu. Semua itu memang tak ada,” kata Mawi, 37, mengenai filem sulung arahannya yang mendapat kelulusan tayangan di 77 pawagam seluruh negara bermula 4 April ini.

Mawi berkata, dari mula penggambar­an, pemasaran hingga ke pengedaran, semuanya dilakukan mengikut undang-undang dan peraturan ditetapkan.

“Kalau ada yang kata saya guna taktik kotor untuk dapat jumlah pawagam yang banyak, tak baik mereka cakap begitu,” katanya.

Menurut Mawi, semua proses seperti menghantar ke Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan kemudian ke Skim Wajib Tayang diuruskan sendiri.

“Saya juga menghadiri sesi pratonton bersama Skim Wajib Tayang dan pihak pawagam termasuk hadir mesyuarat untuk tentukan tarikh tayangan.

“Semua saya turun (hadir) dan ikut undang-undang. Jadi, tak ada masalah apabila dapat hasil keputusan yang begini.

“Alhamdulil­lah,

saya bersyukur, tapi untuk menggunaka­n taktik kotor semestinya tidak,” katanya.

Mawi berkata, jika ada pihak kurang percaya dengan penjelasan­nya itu, dia tidak boleh buat apa-apa dan akan membiarkan­nya saja.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia