Harian Metro

Saluran paip pecah dirempuh kereta

-

Alor Gajah: Jemaah Masjid Nur Jannah, Ayer Hitam Pantai, Masjid Tanah, di sini, terpaksa mengambil wuduk di paip luar kolam masjid itu selepas saluran utama ke takungan itu pecah akibat dirempuh kereta awal, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 pagi, kereta Honda Accord dipandu lelaki berusia 30-an bersama tiga penumpang dari Kampung Pasir Gembor, Tanjung Bidara dipercayai terbabas lalu merempuh tembok masjid hingga menyebabka­n paip utama ke kolam pecah.

Pengerusi masjid Hamka Jais, 51, berkata, beliau menerima panggilan daripada ahli jawatankua­sa pada jam 4 pagi bagi memaklumka­n mengenai kejadian.

Katanya, akibat rempuhan tembok di bahagian hampir dengan kolam runtuh manakala paip turut rosak menyebabka­n pihak pengurusan masjid terpaksa mengupah kontraktor membaiki kerosakan.

“Keadaan pada solat Jumaat esok (hari ini) dijangka sedikit sukar untuk jemaah kerana terpaksa mengambil wuduk di paip yang jauh dari kolam,” katanya, semalam.

Hamka berkata, pengurusan masjid terpaksa membiayai kerja pembaikan paip dan tembok dengan segera sebelum membuat tuntutan insurans ke atas pemandu kereta berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gajah, Superinten­dan A Asmadi Abd Aziz ketika dihubungi berkata, siasatan mendapati Honda Accord berkenaan terbabas ketika mengelak motosikal.

 ??  ?? PENDUDUK kampung, Isa Sulaiman mengumpulk­an sisa tembok yang runtuh akibat dirempuh kereta di Masjid Nur Jannah.
PENDUDUK kampung, Isa Sulaiman mengumpulk­an sisa tembok yang runtuh akibat dirempuh kereta di Masjid Nur Jannah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia