Harian Metro

Curi tong sampah masjid

-

Kulim: Tindakan seorang lelaki mencuri tong sampah di sebuah masjid di Junjong di sini, mengundang padah apabila ditahan polis di sebuah rumah, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superinten­dan Ahmad Nasir Jaafar berkata, ahli kariah masjid terbabit pada mulanya menyedari kehilangan tong sampah itu pada Isnin lalu jam 10 pagi.

Bagaimanap­un, menurutnya, ada ahli kariah masjid terbabit terlihat suspek berusia 29 tahun menarik tong sampah itu di kawasan perumahan dan mengesyaki­nya ia milik masjid jam 9 pagi.

“Dia kemudian tampil membuat laporan di Balai Junjong untuk tindakan selanjutny­a selepas mengesyaki suspek yang mencuri tong sampah itu.

“Susulan itu, polis mengesan suspek sebelum menahannya di rumah itu pada jam 6.20 petang dan menemui semula tong sampah terbabit,” katanya di sini, semalam.

Ahmad Nasir berkata, ketika ditahan suspek juga didapati merebus air ketum dalam periuk di belakang rumahnya sebelum polis merampas barangan itu dan membawanya ke balai polis untuk tindakan selanjutny­a.

“Semakan juga mendapati suspek memiliki enam rekod jenayah lampau membabitka­n kes dadah, kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam dan akta racun.

“Siasatan awal suspek mengaku terbabit dalam kejadian itu dan dia ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ?? TONG sampah masjid di Junjong, Kulim yang dicuri ditemui semula selepas polis menahan lelaki berusia 29 tahun di Jalan Raya, Junjong.
TONG sampah masjid di Junjong, Kulim yang dicuri ditemui semula selepas polis menahan lelaki berusia 29 tahun di Jalan Raya, Junjong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia