Harian Metro

Curi tong gas di restoran jual di kedai runcit

-

Bukit Mertajam: Curi tong gas petroleum cecair (LPG) di restoran sebelum menjualnya kepada pemilik kedai runcit.

Itu dilakukan dua lelaki warga tempatan yang mencuri tong gas dan kemudian menjualnya kepada dua lelaki warga Bangladesh yang juga pemilik kedai runcit.

Bagaimanap­un, semua mereka ditahan polis dalam empat ser- buan yang dijalankan di daerah itu, kelmarin.

Kedua-dua lelaki warga tempatan berusia 31 dan 43 tahun berkenaan dipercayai menjadi individu bertanggun­gjawab mencuri tong gas LPG di beberapa restoran sebelum menjualnya kepada dua lelaki warga asing berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik ROs Azhan Nik Ab Hamid berkata, dua lelaki tempatan itu dikehendak­i polis dalam beberapa kejadian curi tong gas LPG di sekitar kawasan Icon City dan Auto City.

Menurutnya, penahanan semua suspek itu adalah susulan laporan yang dibuat seorang pengurus sebuah restoran di Icon City yang kehilangan 18 tong LPG berkapasit­i 26 kilogram bernilai RM1, 300 yang diletakkan dalam tempat

gas di premisnya pada 20 Januari lalu.

Katanya, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun di sebuah rumah di Machang Bubok dalam serbuan pertama jam 1.30 tengah hari sebelum membawa kepada penahanan rakannya.

“Penahanan lelaki berusia 31 tahun itu dilakukan di Taman Remia dan hasil siasatan mendapati dia mempunyai tujuh rekod jenayah lampau,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia