Harian Metro

Padah 12 wanita menyundal

- Siti Rohana Idris am@hmetro.com.my

Polis menahan 12 wanita warga Vietnam kerana disyaki terbabit dalam aktiviti persundala­n di sebuah rumah urut sekitar Pura Kenchana, Sri Gading di sini, kelmarin.

Dalam serbuan jam 12 tengah malam, seorang lelaki tempatan berusia 58 tahun yang disyaki berperanan sebagai penjaga premis dan pelindung kepada pekerja warga asing itu turut ditahan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, wanita warga Vietnam yang ditahan itu berusia 25 hingga 35 tahun.

“Kami turut menahan dua lelaki tempatan yang berada dalam premis itu dipercayai sebagai pelanggan untuk membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, dalam serbuan itu juga, pihaknya merampas beberapa kondom dan cecair pelincir yang dipercayai digunakan dalam kegiatan persundala­n.

Katanya, turut dirampas sejumlah wang tunai hasil daripada kegiatan itu dan pemeriksaa­n lanjut juga mendapati premis terbabit beroperasi tanpa lesen.

Seorang buruh binaan warga Bangladesh sanggup memanjat pagar dan menyorok dalam paya untuk mengelak dikesan pihak berkuasa di belakang tapak pembinaan rumah Kok Lanas, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.30 petang, lelaki berusia 25 tahun itu bagaimanap­un berjaya ditangkap selepas ditemui dalam keadaan basah kuyup dan berlumpur kira-kira 300 meter dari tapak pembinaan.

Ketua Bahagian Penguatkua­sa Imigresen Malaysia (Imigresen) Kelantan, Penolong Pengarah Imigresen Ruzaana Mohamed berkata, warga asing itu terkejut dengan kehadiran pihaknya sebelum melarikan diri.

“Ketika serbuan dibuat, semua buruh binaan sibuk bekerja dan sebaik melihat kedatangan kami, mereka terkejut dan ada yang cuba melarikan diri termasuk lelaki warga Bangladesh berkenaan.

“Seramai 14 anggota dan pegawai kami sudah bersiap sedia dengan sebarang tindakan dan sebaik lelaki itu melarikan diri, pihak kami turut mengejarny­a sehingga dia ditemui menyorok di kawasan berpaya itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, serbuan yang bermula pada jam 2 hingga 5.15 petang dijalankan di tapak pembinaan rumah di Jalan

 Buruh warga asing panik diserbu sembunyi belakang tapak projek

Pangkal Kalong, Kok Lanas dan Kampung Bukit Tegayong, Ketereh.

“Seramai enam buruh binaan warga Myanmar dan tiga warga Bangladesh ditangkap dan ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan gagal mengemukak­an sebarang dokumen perjalanan yang sah.

“Mereka kini ditahan di Depot Imigresen Tanah Merah mengikut Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ?? AZHAN
AZHAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia