Harian Metro

Lelaki tidur atas bumbung maut terjatuh

-

Kodiang: Pekerja lelaki warga Myanmar maut selepas terjatuh dari bumbung tempat penyimpana­n mesin padi di Kubang Menerong, Padang Sera di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.45 tengah malam, mangsa yang berusia 20-an dikatakan tidur di atas bumbung itu sebelum terjatuh.

Kejadian itu menyebabka­nnya parah dan dikejarkan ke Hospital Jitra oleh kenalannya sebelum disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superinten­dan Mohd Ismail Ibrahim berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri itu tidur di atas bumbung bagi mengelak pemeriksaa­n imigresen dan bimbang disamun.

Menurutnya, pihaknya dimaklumka­n bahawa majikannya hanya menyediaka­n tempat memasak dan rehat di situ menyebabka­n pekerja di situ tidur di merata tempat termasuk di atas bumbung.

“Polis juga sudah melawat lokasi kejadian dan mendapati ada kesan bumbung pecah dan di bawahnya ada darah dipercayai tempat mangsa ditemui.

“Kes berkenaan diklasifik­asikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.

 ??  ?? LOKASI pekerja lelaki warga Myanmar maut selepas terjatuh dari bumbung di tempat penyimpana­n mesin padi.
LOKASI pekerja lelaki warga Myanmar maut selepas terjatuh dari bumbung di tempat penyimpana­n mesin padi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia