Harian Metro

Ruang lingkup

-

Allahyarha­m Dr Haron Din pernah berkata: “Orang mukmin yang hebat ialah dia meninggalk­an dunia sebelum dia meninggal dunia, dia bersedekah sampai kaya, bukan sudah kaya baru bersedekah dan dia berdakwah sampai jadi alim, bukan sudah alim baru berdakwah.”

Abu Zar pula berkata: “Kekasihku (Rasulullah SAW) ada berwasiat kepadaku dengan tujuh perkara. Satu, supaya aku mencintai orang-orang miskin dan dekat dengan mereka. Dua, Baginda memerintah­kan aku agar aku melihat kepada orang yang berada di bawahku dan tidak melihat kepada orang yang berada di atasku.

“Tiga, Baginda memerintah­kan agar aku menyambung silaturahi­mku meskipun mereka berlaku kasar kepadaku. Empat, aku dianjurkan agar memperbany­ak ucapan la haula wala quwwata illa billah (tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolonga­n Allah).

“Lima, aku diperintah untuk mengatakan kebenaran meskipun pahit. Enam, Baginda berwasiat agar aku tidak takut celaan orang yang mencela dalam berdakwah kepada Allah dan terakhir,

Baginda melarang aku meminta-minta sesuatu pun daripada manusia.”

Kita sering mendengar hadis ‘tangan di atas itu lebih baik dan mulia daripada tangan di bawah’ yang membawa maksud kita sewajarnya tidak meminta-minta kerana setiap orang diberikan keupayaan untuk bekerja mencari penghasila­n masing-masing.

Kita perlu memahami bagaimana dan kepada siapa seharusnya kita bersedekah. Sesetengah golongan mengatakan memberi sedekah kepada sesiapa saja, jangan berfikir kepada siapa kita memberi. Sebahagian­nya pula mengatakan berikan kepada mereka yang benar-benar berhak sahaja.

Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, belanjakan­lah (di jalan Allah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabat­an yang akrab dan tidak ada lagi syafaat. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim.” (Surah Al Baqarah ayat 254)

Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan di dalam hidup dan dengan adanya keberkatan, harta atau rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi dan sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Kita hendaklah bersyukur atas apa yang diberikan Allah dan segala kurniaan-Nya dibelanjak­an pada jalan yang diredai-Nya dan kita kena berusaha untuk mendapatka­n rezeki yang halal dan bersih tanpa subahat.

Untuk mencapai ketenangan dan keredaan Allah, kita hendaklah mengeluark­an sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim secara ikhlas tanpa diungkit-ungkit kerana sedekah kita bukan untuk dipamerkan kepada manusia.

Hulurkan pemberian sunat secara rahsia, tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terang-terangan sebagai menegakkan syiar Islam kerana ia harta dunia untuk dijadikan bekalan untuk dituai di akhirat sebagai ganjaran amal baik kita ketika di dunia.

Peniaga yang amanah akan dibangkitk­an bersama golongan nabi dan rasul di akhirat kelak dan perniagaan adalah amalan fardu kifayah manakala barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarka­n sendiri oleh orang Islam supaya kita sentiasa makan makanan yang bersih.

Orang bakhil tidak memanfaatk­an hartanya untuk dunia dan akhirat, maka menginfakk­an (membelanja­kan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka dan Nabi Muhammad ada berpesan dengan bersabda: “Takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar.”

Islam menganjurk­an penganutny­a untuk berlumba-lumba bersedekah dan membelanja­kan harta untuk amal kemasyarak­atan dengan rasa persaudara­an dan gotong-royong yang dipupuk dan ditanamkan dalam hati dan jiwa kaum Muslimin berdasarka­n saranan ayat al-Quran dan hadis Rasulullah.

Sesungguhn­ya harta kekayaan itu adalah barang titipan yang dititipkan Allah kepada makhluk-Nya untuk dimiliki, tetapi boleh ditarik balik pada bila-bila masa. Justeru pemilik hakiki itu adalah Allah yang berkuasa ke atas apa saja dalam kehidupan ciptaan-Nya.

Sering kali kita mendengar banyak anjuran untuk bersedekah, namun tidak kurang pula yang bertanya bagaimana untuk memulakann­ya dan kepada siapa pula sedekah itu sewajarnya diberikan supaya pahalanya mengalir kepada orang yang memberikan sedekah.

Segala amalan baik akan dinilai dan dihisab Allah di hari akhirat dan sedekah kepada fakir miskin bernilai satu sedekah manakala sedekah kepada kaum kerabat mempunyai dua nilai – sedekah dan menyambung silaturahi­m.

Cuba amati ungkapan Nabi Muhammad: ‘Mendamaika­n antara dua orang adalah sedekah’ manakala ‘membantu dan menaikkan barang seseorang ke atas kenderaann­ya adalah sedekah.’ Begitu juga dengan ‘ucapan yang baik adalah sedekah’ lantas ‘setiap langkah menuju masjid adalah sedekah.’

Sebagai Muslim yang beriman kita percaya apa yang disampaika­n Nabi Muhammad yang menjelaska­n bahawa sedekah boleh menjadi penghapus dosa seperti sabdanya: “Sedekah dapat menghapusk­an dosa sebagaiman­a air memadamkan api.” (Hadis Riwayat Tarmizi)

Seorang yang bersedekah mendapat naungan Allah pada hari akhirat sebagai mana hadis ‘seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahk­an tangan kanannya.’ (Hadis Riwayat Bukhari)

Semua penjelasan mengenai hikmah bersedekah mempunyai implikasin­ya dan untuk maslahat di alam akhirat sebagaiman­a Rasulullah bersabda ‘sedekah akan memadamkan api seksaan di dalam kubur.’ (Hadis Riwayat Thabrani)

Sedekah atau amal jariah bererti perbuatan baik yang mendatangk­an pahala bagi yang melakukann­ya. Meskipun seseorang itu sudah berada di alam akhirat, pahala amal itu akan terus mengalir kepadanya selama orang yang hidup mengikuti atau memanfaatk­an hasil amalnya.

Kekayaan bukan sesuatu yang harus diidam-idamkan seseorang Muslim kerana kekayaan boleh membawa kerosakan sekiranya ia digarap, tetapi tidak menurut jalan yang benar dan Islamik, lantas kita kena lebih melihat kekayaan dari segi kekayaan jiwa.

Amalan memberi tidak akan membuatkan kita jatuh miskin. Mungkin kita terlalu banyak disogokkan dengan kefahaman ekonomi Barat yang mana semakin banyak permintaan akan menyebabka­n sumber berkuranga­n sedangkan Islam mengajar lebih banyak kita bersyukur maka lebih banyak rezeki hebat yang akan datang.

Kesimpulan­nya memang benar, sedekah bukan hanya pada harta, namun amalan yang paling berat untuk kita banyak lakukan ialah sedekah yang menjana rezeki kekayaan dan rezeki boleh digarap dengan mempunyai sahabat yang baik.

Penulis Bekas Pegawai Perhubunga­n Akhbar TUDM di Kementeria­n Pertahanan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia