Harian Metro

Makna baik pada nama

-

kepada selain Allah SWT.

Begitu juga nama yang menghampir­i ciri-ciri nama sedemikian dan masyhur dalam golongan bukan Arab.

Contohnya, Ghulam Ahmad, Ghulam Ali, Ghulam Jailani dan seumpamany­a. Nama yang baik ialah nama yang tidak ada unsur takbur, keagungan serta meninggika­n darjat manusia dengan cara yang tidak sepatutnya.

Abu Hurairah meriwayatk­an: “Nama yang paling hina di sisi Allah pada hari kiamat kelak ialah Malik al-Amlak (yang memiliki segala kekuasaan). Tiada pemilik segala kekuasaan melainkan Allah.” (Riwayat Muslim)

Begitu juga tidak boleh menamakan anak dengan nama Allah yang hanya dikhaskan bagi-Nya. Contohnya, Al-Rahman (Yang Maha Pemurah), Al-Muhaimin (Yang Maha Mengawasi), Al-Jabbar (Yang Maha Gagah) dan sebagainya manakala menyifatka­n nama-nama yang dinyatakan secara umum iaitu tanpa huruf alif dan lam adalah tidak dilarang.

Contohnya Aziz (yang tinggi), Halim (yang lembut), Rauf (yang mengasihan­i), Nafi’ (yang memberi manfaat) dan sebagainya.

Nama terbaik seperti dijelaskan dalam hadis ialah nama yang dihambakan kepada Allah Yang Maha Tinggi.

Sebagaiman­a hadis yang diriwayatk­an Ibn Umar: “Nama yang paling disukai Allah ialah Abdullah (hamba Allah) dan Abdul Rahman (hamba kepada Yang Maha Pemurah).” (Riwayat Muslim)

Nama yang baik ialah menamakan anak dengan nama nabi, orang soleh dan alim ulama sebagai galakan dan doa supaya menurut jejak langkah mereka.

Tidak dinafikan ada yang menggunaka­n nama umat terdahulu khususnya nama nabi yang dijadikan ikutan dan teladan sepanjang zaman, orang mukmin dan seumpamany­a seperti Ibrahim, Ismail, Yusuf, Musa dan Maryam.

Tiada larangan menamakan anak dengan nama bukan Arab selagi maknanya baik dari sudut bahasa. Ramai golongan mualaf tidak mengubah nama kepada nama Arab, bahkan mengekalka­n nama asalnya walaupun mereka sudah memeluk Islam.

Malah, ada sahabat Nabi dan tabiin memiliki nama berasal daripada nama tumbuhan seperti Talhah

 Abdullah, Abdul Rahman paling disukai Allah SWT

(pokok Talha), Salma (pokok Salma) dan Handzalah (pokok yang buahnya begitu pahit).

Selain itu, ada juga dinamakan dengan sifat yang baik dan terpuji seperti ‘Amir (yang panjang umur), Umar (yang mempunyai umur yang panjang), Sa’id (yang bahagia), ‘Aisyah (yang hidup), Safiyyah (yang bersih) dan sebagainya.

Jangan mengambil mudah menamakan anak hanya mengikut sedap didengar, tetapi perlu berdasarka­n ilmu serta bertanya kepada ilmuwan yang dipercayai.

Ia penting supaya nama anak itu tidak mengandung­i makna buruk dan hina sehingga anak kita mempertika­ikan nama yang diberikan kepadanya kelak.

Penulis ialah pendakwah

perhatian dan kasih sayang.

Dengan cara membawa cerita ‘panas’, dia akan disanjung dalam komuniti pengumpat. Justeru, kita perlu meninggalk­an budaya mengumpat kerana dengan sibuk bercerita tentang keburukan orang lain tidak membuatkan diri dan kehidupan kita lebih baik.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Apabila mereka mendengar percakapan sia-sia, mereka berpaling daripadany­a.” (Surah al-Qasas, ayat 55)

Penulis Perunding Psikologi Bahasa

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia