Harian Metro

Lawatan ke Turki lulus sejak 2017

-

kerja Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bersama pegawai kanan polis ke Turki bagi mempelajar­i kaedah membantera­s kegiatan judi dalam talian diluluskan sejak 2017.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, ia diluluskan Lembaga Pengarah Lembaga Totalisato­r Malaysia pada 2017 dengan jumlah peruntukan RM184,685.

“Semua kos ditaja syarikat berkanun itu (Lembaga Totalisato­r Malaysia) dan tidak merujuk kepada Kementeria­n Kewangan,” katanya di sini, semalam selepas menghadiri Majlis Mesra Warga Kementeria­n Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Guan Eng mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang mendakwa beliau langsung tiada perasaan sensitif terhadap hukum Islam dan sentimen rakyat dengan membenarka­n syarikat judi menaja lawatan kerja pegawai tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Turki.

Guan Eng sebelum ini dilaporkan berkata, perbelanja­an lawatan kerja Mohamad Fuzi ke Turki bagi mempelajar­i kaedah membantera­s kegiatan judi dalam talian tidak menggunaka­n peruntukan Kementeria­n Kewangan.

Katanya, walaupun lawatan itu ditaja Lembaga Totalisato­r Malaysia iaitu agensi di bawah Kementeria­n Kewangan, sumber kewangan tajaan bukan dari kementeria­n terbabit dan ia daripada syarikat nombor ramalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia