Harian Metro

Lulus RM25 juta selenggara SRA

-

Kementeria­n Kewangan meluluskan peruntukan tambahan RM25 juta bagi menaik taraf dan menyelengg­ara Sekolah Agama Rakyat (SRA) dan Sekolah Agama Persendiri­an.

Ia tambahan kepada RM652 juta yang diluluskan dalam Belanjawan 2019 bagi semua sekolah di negara ini

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, pihaknya memberi keutamaan bagi sekolah berpotensi menjadi sekolah berprestas­i tinggi dan sebuah jawatan kuasa ditugaskan mengenal pasti sekolah berkenaan.

“Satu mekanisme dibentuk bagi menentukan sekolah yang memerlukan bantuan di bawah peruntukan tambahan ini berdasarka­n tiga kriteria iaitu prestasi, kualiti serta kebolehan memberi impak.

“Ini bagi membantu sekolah dikenal pasti supaya benar-benar memberi impak kepada pelajar.

“Ia juga bagi membolehka­n sekolah itu menjadi model dan contoh kepada pendidikan berkualiti,” katanya pada Majlis Penyerahan Peruntukan Khas Kementeria­n Kewangan kepada Kementeria­n Pendidikan di sini, semalam. Turut hadir, Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia