Harian Metro

Ekonomi negara terus kukuh

-

Kementeria­n Kewangan yakin ekonomi negara terus kukuh untuk suku pertama tahun ini selepas merekodkan pertumbuha­n lebih baik bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk suku keempat tahun lalu.

Menterinya Lim Guan Eng berkata, pertumbuha­n lebih baik direkodkan bagi suku keempat 2018 itu menjadi landasan kukuh biarpun bakal berdepan situasi ekonomi global yang semakin mencabar.

“Kami berharap pertumbuha­n itu dapat diteruskan namun, ia mungkin sedikit mencabar dan bergantung kepada keadaan ekonomi semasa,” katanya selepas menyempurn­akan Majlis Penyerahan Cek Peruntukan Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Persendiri­an, di sini semalam.

Katanya, prestasi pertumbuha­n ekonomi bagi suku keempat tahun lalu memuaskan malah, ia lebih baik berbanding suku tahun ketiga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia