Harian Metro

Penganggur dijel ugut pukul ibu

-

Akibat mengugut untuk memukul ibu kandung menggunaka­n sebatang besi dan topi keledar, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhka­n hukuman itu ke atas P Gobinathan, 28, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan terhadapny­a.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh yang tidak bekerja itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh ditangkap pada 5 Januari lalu.

Dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan menggunaka­n besi panjang dan topi keledar ke atas A Saraswathy, 47, yang bekerja sebagai tukang cuci di Jinjang Selatan

Tambahan, Sentul di sini, jam 2.30 pagi, 5 Januari lalu.

Gobinathan dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman mati atau penjara maksimum tujuh tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia