Harian Metro

Mengaku sebabkan pemuzik mati

-

Seorang lelaki warga Sri Lanka dijatuhi hukuman penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan dengan cuai mengakibat­kan kematian seorang pemuzik sambilan di daerah ini, minggu lalu.

Majistret Solehah Noratikah Ismail membuat keputusan itu selepas tertuduh, Kadiswaran, 24, mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapny­a dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil.

Tertuduh yang juga pendatang asing tanpa izin (PATI) turut mengakui fakta kes dikemukaka­n pihak pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, pekerja gerai minuman itu didakwa dengan cuai yang tidak terjumlah mengakibat­kan kematian M Ratha Krishnan, 64. Perbuatan itu dilakukan di depan sebuah rumah di Taman

Sentosa di sini, jam 8.30 malam, 4 Februari lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n fakta kes, tertuduh memukul mangsa dengan rantai besi pengunci motosikal dan menolaknya sehingga terbaring di tepi jalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia