Harian Metro

Dua rumah mewah jadi tempat kurungan

-

Kuching: Dua rumah mewah tiga tingkat antara lokasi dilawati delegasi kerajaan negeri diketuai Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Awal Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah di Poipet, Banteay Mancheay di Kemboja, semalam.

Difahamkan, kedua-dua kediaman itu adalah tempat 47 warga Malaysia, dengan 40 daripadany­a berasal dari Sarawak ‘dikurung’ sindiket pemerdagan­gan manusia antarabang­sa sejurus mereka tiba secara berperingk­at, Oktober lalu, selepas dijanjikan tawaran pekerjaan bergaji lumayan di negara berkenaan.

Malah, setiap rumah berkenaan dilengkapi tingkap tidak telus cahaya yang dipasang jeriji besi dengan sekeliling perimetern­ya dibina tembok pagar tinggi.

Sumber memberitah­u NSTP, kedua-dua kediaman itu turut memiliki ruangan rahsia bawah tanah yang dipercayai menjadi pusat operasi kegiatan perjudian dalam talian didalangi sindiket antarabang­sa.

“Di ruangan rahsia itu ditemui pelbagai peralatan komputer, termasuk tablet yang dipercayai digunakan untuk aktiviti perjudian dalam serbuan pada 11 Disember lalu.

“Dalam serbuan itu juga, pihak berkuasa menemui 55 individu warga asing, dengan 47 daripadany­a warga Malaysia sebelum ditahan di Penjara Wilayah Banteay Mancheay untuk siasatan lanjut,” katanya.

Selain Fatimah, turut serta dalam lawatan itu Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak Kementeria­n Luar, Deddy Faisal Ahmad Salleh.

 ??  ?? FATIMAH mengetuai Delegasi Sarawak ke Kemboja melawat rumah mewah yang menjadi tempat kurungan 47 warga Malaysia.
FATIMAH mengetuai Delegasi Sarawak ke Kemboja melawat rumah mewah yang menjadi tempat kurungan 47 warga Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia