Harian Metro

Sistem perundanga­n berbeza ambil masa

-

Putrajaya: Kes penahanan 47 warganegar­a Malaysia di Banteay Meanchey, Kemboja akan mengambil sedikit masa kerana sistem perundanga­n negara berkenaan berbeza dengan di negara ini.

Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Kemboja mengguna pakai sistem perundanga­n dari Perancis dan ia berbeza dengan Malaysia.

Bagaimanap­un, katanya, pihaknya tetap menghormat­i undang-undang dan peraturan yang ditetapkan kerajaan Kemboja.

“Mengenai undang-undang, majistret yang dimaksudka­n mereka tidak sama dengan ayat perundanga­n di sini.

“Jika di sini, (jika kes ke) majistret, kes itu sudah dikira masuk ke mahkamah, tetapi jika di Kemboja, kes itu masih dalam siasatan.

“Saya sudah menghubung­i Perdana Menteri dan Menteri Luar Kemboja serta meminta bantuan kerana saya yakin 47 orang yang ditahan itu tidak terbabit dengan sebarang kesalahan.

“Mereka sebaliknya cuma menjadi mangsa penipuan pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat antara agensi Kementeria­n Luar Negeri dan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri di sini, semalam.

Laporan sebelum ini menyebut, seramai 47 warga Malaysia yang mencari pekerjaan di Kemboja ditahan pihak berkuasa negara itu selepas disyaki terbabit dalam kegiatan perjudian dalam talian.

Difahamkan, semua individu berusia antara 19 dan 44 tahun itu ditahan sejurus mereka tiba di Poi Pet pada 11 Disember lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia