Harian Metro

Tak mengaku salah guna kad minyak

-

Anggota polis berpangkat Lans

Koperal didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, semalam, atas tujuh pertuduhan menyalahgu­nakan kad minyak milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitka­n kerugian RM90,422.90, dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Baderyshah Matasum, 34, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapny­a dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketujuh, tertuduh didakwa dengan curangnya menyalahgu­nakan harta iaitu kad inden minyak petrol kenderaan rasmi PDRM, bagi mendapatka­n wang tunai berjumlah RM90,422.90.

Semua kesalahan didakwa dilakukan tertuduh secara berperingk­at di sebuah pam minyak di Kelemak, Alor Gajah, antara 1 Mac sehingga 30 September 2017.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Irwan Shah Abdul Samat mengendali­kan pendakwaan mencadangk­an jaminan sebanyak RM70, 000 bagi kesemua pertuduhan.

Cadangan itu dibuat selepas mengambil kira nilai penyelewen­gan yang tinggi dilakukan tertuduh sebagai penjawat awam.

Tertuduh yang diwakili peguam Azrul Zulkifli Stork merayu agar jumlah jaminan dikurangka­n dengan alasan anak guamnya itu masih bertugas dan gajinya kini ditahan selain perlu menanggung lima anak serta bapa yang uzur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia