Harian Metro

Pemandu treler maut terbabas langgar lori curi

-

Temerloh: Dua lelaki menaiki lori tiga tan yang dilaporkan hilang di Setapak, Kuala Lumpur, awal pagi semalam, terbabit dalam kemalangan dengan treler di Kilometer 114.4 Lebuhraya Pantai Timur menghala ke Kuantan, di sini. Dalam kejadian jam 7.20 pagi, pemandu treler berusia 29 tahun maut di lokasi kejadian sementara dua lelaki yang menaiki lori berkenaan cedera.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, siasatan awal pihaknya mendapati lori tanpa muatan yang dipandu lelaki berusia 36 tahun itu bersama rakan lelaki yang belum dikenal pasti identitiny­a dilaporkan dicuri awal pagi selepas pemilik lori berkenaan membuat laporan polis.

Katanya, siasatan awal kemalangan mendapati lori dinaiki dua lelaki terbabit dari arah Kuala Lumpur ke Kuantan dilanggar treler dipandu mangsa, Ahmad Thahir Samsu di lorong kiri.

“Akibat pelanggara­n itu, kedua-dua kenderaan terbabas ke sebelah kiri jalan dan terbalik. Pemandu dan penumpang lori cedera manakala pemandu treler maut di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah di kepala,” katanya dalam kenyataan, semalam.

 ??  ?? SEORANG maut dan dua lagi cedera dalam kemalangan membabitka­n lori tiga tan di Kilometer 114.4 Lebuhraya Pantai Timur menghala ke Kuantan.
SEORANG maut dan dua lagi cedera dalam kemalangan membabitka­n lori tiga tan di Kilometer 114.4 Lebuhraya Pantai Timur menghala ke Kuantan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia