Harian Metro

Sorok di rumah kosong

- Siti Rohana Idris am@hmetro.com.my

 Polis Marin rampas 180kg daun ketum bernilai RM12,600

Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor berjaya merampas 180 kilogram (kg) daun ketum di Kampung Kubang Pak Itam, Pasir Mas, dekat sini, kelmarin.

Dalam serbuan jam 2.30 petang di sebuah rumah yang tidak bernombor itu bagaimanap­un tiada tangkapan dibuat.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pengkalan Kubor, Asisten Superinten­dan Mohd Rudzuan Ahmad berkata, lokasi serbuan adalah rumah kosong dengan pintu hadapan rumah dibiarkan tidak berkunci.

“Pemeriksaa­n lanjut menemui sejumlah daun ketum yang siap dibungkus di dalam plastik lutsinar di atas lantai di dapur seberat 180kg dengan anggaran nilai RM12,600.

“Kami percaya rumah berkenaan dijadikan tempat simpanan sementara atau transit sebelum daun ketum berkenaan diseludup ke negara jiran.

“Semua barang kes dirampas dan dibawa balik ke Markas Operasi PPM Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam perkembang­an berkaitan, Mohd Rudzuan berkata, sepanjang Operasi Gelora Khas sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina lalu, 13 jenis barangan dirampas membabitka­n nilai berjumlah RM16,175.

“Barangan yang dirampas adalah 720kg beras, 1,050 liter petrol, 4,000 telur puyuh serta beberapa makanan ringan lain lagi dipercayai dibawa masuk dari Thailand.

“Kita turut menahan dua lelaki tempatan berusia lingkungan 20 hingga 25 tahun bersama dua kereta milik mereka kerana terbabit dalam kes penyeludup­an petrol ke negara jiran,”

katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia